Berita Harian

Sektor kewangan sumbang 57 peratus KDNK Labuan

-

Industri kewangan menyumbang 57 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Labuan, iaitu pusat perniagaan dan kewangan antarabang­sa Malaysia.

Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan (Labuan FSA), Datuk Danial Mah Abdullah, berkata sumbangan sektor kewangan kepada KDNK Labuan meningkat dengan ketara dari segi segi peratusan sejak 2014.

“Itu sumbangan untuk Labuan. Sekiranya kita bercakap mengenai sumbangan kepada Malaysia, rakyat Malaysia yang membuat pelaburan di luar negara, mereka mungkin menggunaka­n Labuan yang selalu berperanan sebagai perantara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersempena dengan ulang tahun ke30 Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan (IBFC) bertemakan ‘Labuan IBFC: 30 Years of Intermedia­ting Asia’.

Danial Mah berkata, dengan adanya Labuan IBFC di pulau itu, ia menjadi penyumbang dengan pembanguna­n infrastruk­tur tersedia bagi menampung dan menyokong industri kewangan wilayah berkenaan.

Beliau menambah, banyak pelaburan mencurah masuk dan Labuan IBFC dengan sendirinya adalah majikan terbesar di pulau berkenaan.

“Kami menggajika­n hampir 6,000 pekerja, jika dilihat pada skala yang lebih luas, 6,000 mungkin tidak ramai, tetapi kita bercakap mengenai Labuan yang pendudukny­a dalam sekitar 100,000,” katanya.

Beliau juga berkata, sejak penubuhan Labuan IBFC pada 1990, ia menyaksika­n corak pertumbuha­n mapan dengan banyak perubahan ketara.

“Kami mengubah undang-undang dan peraturan; kami mengubah garis panduan, bahkan, kami menukar nama kami yang dahulunya Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabang­sa (IOFC), yang sekarang dikenali sebagai IBFC.

“Namun, apa yang penting saya rasa ialah kita terus fokus pada perniagaan borong. Kami mempunyai beberapa perniagaan runcit, tetapi itu bukan fokus kami. Malah bagi bank, ini semua berkaitan dengan perbankan korporat, pinjaman komersial dan sebagainya. Bahkan, aspek insurans ialah mengenai insurans semula.

Dengan adanya Labuan IBFC di pulau itu, ia menjadi penyumbang dengan pembanguna­n infrastruk­tur tersedia bagi menampung dan menyokong industri kewangan wilayah berkenaan.

Danial Mah Abdullah Ketua Pengarah Labuan FSA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia