Berita Harian

CEO IOI Corp dilantik Pengerusi MPOA

-

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) memilih Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan IOI Corporatio­n Bhd, Datuk Lee Yow Chor sebagai Pengerusi baharunya untuk penggal 20202022

Beliau menggantik­an Datuk Franki Anthony Dass yang akan bersara selepas berkhidmat dari 2016 hingga 2020.

MPOA berkata, Lee ialah Yow Chor pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dari Februari 2009 hingga Mac 2020.

“Pengalaman­nya yang luas dalam industri sudah pasti akan memberikan persatuan ini rangsangan tambahan dalam menangani isu yang melanda sektor perladanga­n,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, CEO Hap Seng Plantation­s Holding Bhd, Au Yong Siew Fah dipilih semula

Lee Yow Chor

sebagai Naib Pengerusi MPOA.

Ditubuhkan pada 1999, MPOA terdiri daripada 121 syarikat perladanga­n yang memiliki dan menguruska­n gabungan 40 peratus atau 1.82 juta hektar kawasan penanaman kelapa sawit di Malaysia, menjadikan oa satu-satunya persatuan terbesar mewakili industri berkenaan dalam negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia