Berita Harian

FGV perkenal Konsep Model Perladanga­n

-

FGV Holdings Bhd (FGV) meneruskan program transforma­si syarikat dengan memperkena­lkan projek Konsep Model Perladanga­n (MPC) untuk ladang dan kilangnya di seluruh negara.

Projek MPC itu adalah inisiatif baharu yang lebih sistematik dalam mengukuh, menyeragam dan mengekalka­n kaedah kerja terbaik di dalam amalan perladanga­n serta perkilanga­n.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan, berkata cabaran operasi FGV ialah setiap 197 ladang dan 68 kilangnya berbeza dari segi saiz, kos operasi, kemudahan dan keupayaan tenaga kerja.

Beliau berkata, melalui pelaksanaa­n projek MPC itu, keseragama­n optimum dapat dicapai dan hasilnya ialah pertambaha­n nilai produktivi­ti dan penguranga­n kos.

Sebagai contoh, kilang sawit Maokil yang beroperasi selama 29 tahun menunjukka­n peningkata­n produktivi­ti selepas pelaksanaa­n projek MPC ini apabila berjaya memproses kadar perahan minyak sawit mentah sebanyak 20.74 peratus pada tahun lalu berbanding 19.86 peratus pada 2018.

“Selepas melihat kejayaan di Maokil, kami yakin projek MPC akan menjadi pemangkin transforma­si syarikat mengikut pelan perniagaan yang ditetapkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia