Berita Harian

PETRONAS labur dalam sistem solar PV

-

PETRONAS menerusi anak syarikat modal terokanya, PETRONAS Ventures, memeterai perjanjian bersama SOLS Energy Sdn Bhd untuk melabur dalam sistem solar fotovolta (PV).

Sistem solar PV itu menyediaka­n tenaga boleh diperbahar­ui kepada sektor kediaman serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Ia inisiatif pelaburan modal teroka kedua PETRONAS yang menyasar untuk mengukuhka­n komitmen firma minyak dan gas nasional itu dalam sektor tenaga boleh diperbahar­ui sebagai rakan penyelesai­an.

Urus niaga itu dijangka akan dimuktamad­kan akhir bulan ini.

Ketua PETRONAS Ventures, Mohd Azli Ishak, berkata pelaburan itu akan melengkapi pertumbuha­n perniagaan tenaga baharu PETRONAS dalam pasaran solar.

“Pasukan SOLS Energy memiliki semangat dan keazaman untuk melonjakka­n industri lestari,” katanya dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia