Berita Harian

Bursa tempatan terus meningkat

-

Jumlah dagangan naik kepada 6.72 bilion saham

Bursa Malaysia ditutup pada paras tinggi semalam, walaupun berita melaporkan jerebu yang dijangka berlaku disebabkan kebakaran hutan di Kalimantan.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.37 mata atau 1.06 peratus untuk ditutup kepada 1,552.65 daripada 1,536.28 yang dicatatkan kelmarin.

Indeks dibuka 7.2 mata lebih tinggi kepada 1,543.48 dan susut serendah 1,538.16 bagi sepanjang sesi semalam.

Keseluruha­n suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 667 kepada 355, manakala 418 kaunter tidak berubah, 474 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.72 bilion saham bernilai RM3.81 bilion daripada 5.9 bilion saham bernilai RM4.02 bilion pada Khamis.

Pada peringkat serantau, Nikkei Jepun menokok 0.25 mata kepada 22,201.27, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.84 peratus kepada 25,336.08, Indeks Straits Times Singapura bertambah 0.63 peratus kepada 2,653.19 dan Indeks Komposit Jakarta meningkat 0.49 peratus kepada 4,991.09.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok sembilan sen kepada RM7.71, Tenaga naik 20 sen kepada 11.76, Public Bank meningkat 12 sen kepada RM17.06, Petronas Chemicals meningkat 13 sen kepada RM6.68 dan Hartalega bertambah RM1.00 kepada RM16.00.

Dalam kalangan kaunter paling cergas, Sanichi dan Eduspec masing-masing menokok setengah sen kepada sembilan sen dan positif, termasuk kelemahan dalam harga minyak mentah.

Peniaga yang memetik makluman daripada Jabatan Buruh AS, ketika negara itu meneruskan pembukaan daripada pandemik COVID-19, pembayaran gaji bukan perladanga­n untuk Jun melonjak sebanyak 4.8 juta, ini adalah lebih baik daripada 2.9 juta yang dijangkaka­n sebelum ini.

Kadar penganggur­an AS susut 11.1 peratus, juga lebih baik daripada 12.4 peratus yang diramalkan.

Sementara itu, Caixin/markit melaporkan Indeks Pengurus Pembelian China (PMI) mencatatka­n bacaan tertinggi sejak April 2010, iaitu kepada 58.4, daripada 55.00 yang direkodkan ketika Mei lalu.

Ia adalah pengembang­an terpantas dalam lebih satu dekad selepas pelonggara­n sekatan COVID-19 sudah memulihkan permintaan pengguna, walaupun banyak syarikat masih terus melaksanak­an pembuangan dua sen, waran Vivocom Intl's menambah satu sen kepada dua sen dan Vivocom Intl dan PDZ tidak berubah pada 3.5 sen dan tujuh sen.

Di papan indeks menyaksika­n Indeks Emas FBM meningkat 112.25 mata kepada 10,908.03, Indeks FBMT 100 naik 110.21 mata kepada 10,760.57 dan Indeks FBM 70 bertambah 123.55 mata kepada 13,327.7.

Indeks FBM Emas Syariah naik 155.89 mata kepada 12,482.38 dan FBM ACE melonjak 140.05 mata kepada 6,740.81.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri menokok 2.4 mata kepada 140.17, Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 118.93 mata kepada 13,078.05 dan Indeks Perladanga­n turun 15.78 mata kepada 6,813.35.

Jumlah dagangan di Pasaran

Utama menokok kepada 3.37 bilion saham bernilai RM3.06 bilion daripada 2.98 bilion saham bernilai RM3.34 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran turun kepada 495.4 juta unit bernilai RM159.26 juta berbanding 615.89 juta unit bernilai RM189.26 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.85 bilion saham bernilai RM589.32 juta daripada 2.3 bilion saham bernilai RM489.32 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang sejumlah 398.85 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmat­an industri (1.03 bilion), pembinaan (282.6 juta), teknologi (405.56 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (53.38 juta), hartanah (200.00 juta), perladanga­n (30.81 juta), REIT (7.08 juta), dana tertutup (25,000), tenaga (489.54 juta), penjagaan kesihatan (83.23 juta), telekomuni­kasi dan media (60.64 juta), pengangkut­an dan logistik (294.6 juta) serta utiliti (38.73 juta).

BERNAMA

FBM KLCI

kerugian berikutan suku kedua dijangka mencatatka­n penguncupa­n ekonomi paling buruk,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakan­nya lebih tinggi berbanding dengan mata wang lain.

Ringgit melonjak berbanding pound kepada 5.3332/3423 daripada 5.3597/3690 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0718/0766 daripada 3.0751/0799, tetapi susut berbanding euro kepada 4.8101/8185 daripada 4.8007/8068.

Manakala berbanding yen, ringgit naik kepada 3.9855/9918 daripada 3.9857/9924 yang direkodkan kelmarin. BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ?? menokok 16.37 untuk ditutup 1,552.65 mata, semalam.
(Foto hiasan) menokok 16.37 untuk ditutup 1,552.65 mata, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia