Berita Harian

Genetik baharu virus lebih agresif

Variasi terkini mudah merebak berbanding wabak dari Wuhan

-

Washington: Kajian mendapati variasi genetik COVID-19 yang menguasai dunia sekarang menjangkit­i sel manusia lebih pantas berbanding virus asal ditemui di China.

Menurut penyelidik­an makmal yang dilaporkan jurnal Cell, mutasi terkini virus terbabit lebih mudah tersebar antara manusia berbanding variasi asal, namun ia masih belum terbukti sepenuhnya.

Pakar penyakit berjangkit kanan Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci, berkata beliau berpendapa­t data berkenaan menunjukka­n terdapat mutasi tunggal yang menjadikan virus itu lebih kuat lagi agresif.

“Kita tidak menemui sebarang kaitan sama ada keadaan individu akan menjadi lebih buruk atau tidak.

“Virus berkenaan cuma kelihatan lebih kuat dan mungkin senang merebak, tetapi ia masih perlu dipastikan,” katanya kepada Jurnal Persatuan Perubatan AS.

Penyelidik dari Makmal Kebangsaan Los Alamos di New Mexico dan Universiti Duke di Carolina Utara bekerjasam­a dengan kumpulan penyelidik­an COVID-19 dari Universiti Sheffield, untuk mengkaji contoh genom yang diterbitka­n GISAID, iaitu sumber antarabang­sa mengenai perkongsia­n susunan genom.

Mereka mendapati variasi terkini dikenali sebagai D614G, mencipta perubahan kecil tetapi penting dalam peningkata­n protein muncul daripada virus yang digunakan untuk menyerang dan menjangkit­i sel manusia.

Pakar sains kali pertama menerbitka­n penemuan itu dalam satu makalah perubatan internet, dikenali sebagai biorxiv pada April dan mencatatka­n rekod hit tertinggi iaitu 200,000.

Bagaimanap­un, ia menerima kritikan kerana dominasi akibat mutasi berkenaan gagal dibuktikan, dan berkemungk­inan berlaku kerana faktor lain.

 ??  ?? Anthony Fauci
Anthony Fauci

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia