Berita Harian

Hampir 11 juta kes, korban cecah 525,000

-

Paris: Pandemik COVID-19 sudah mengorbank­an 524,177 nyawa dan menjangkit­i 10,992,367 mangsa, manakala 6,151,358 disahkan pulih setakat petang semalam di seluruh dunia.

Sejak dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lalu, virus itu kini merebak ke 213 negara serata dunia.

Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara paling terkesan apabila merekodkan 131,485 kematian daripada 2,837,189 kes, dengan 1,191,091 mangsa disahkan pulih.

Negara itu juga mencatatka­n 53,069 kes dalam tempoh 24 jam setakat awal pagi semalam iaitu rekod tertinggi sejak tiga hari lalu yang secara purata mencatatka­n lebih 52,000 jangkitan harian, menurut data dikeluarka­n Universiti Johns Hopkins.

Brazil menjadi negara kedua dengan 61,990 kematian daripada 1,501,353 kes; Britain (43,995 kematian daripada 313,483 kes), Itali (34,818 kematian daripada 240,961 kes), manakala Perancis (29,875 kematian daripada 202,785 kes).

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau merekodkan 83,537 kes termasuk 4,634 kematian serta 78,487 pulih.

Eropah pula secara keseluruha­n merekodkan 197,991 kematian daripada 2,709,250 kes; AS dan Kanada (137,102 kematian daripada 2,817,838 kes) serta Amerika Latin dan Caribbean (119,171 kematian daripada 2,665,100 kes).

Asia mencatatka­n 35,804 kematian daripada 1,363,670 kes, Asia Barat (16,801 kematian daripada 782,654 kes), Afrika (10,414 kematian daripada 421,862 kes) dan Oceania (133 kematian daripada 9,519 kes).

Ketika Eropah cuba beralih daripada krisis kesihatan awam terbesar dalam sejarah moden itu atau sekurang-kurangnya daripada gelombang pertama, kes meningkat secara mendadak di Amerika Latin yang menyumbang kepada rekod jangkitan global.

Brazil mencatatka­n hampir 1.5 juta kes, meletakkan negara terbabit di tempat kedua selepas AS yang menjadi pusat wabak itu, dan dijangka merekodkan tiga juta kes jangkitan minggu depan.

Bagaimanap­un, ketika sebahagian besar negara kembali kepada keadaan normal, AS melepasi 50,000 jangkitan baharu dalam sehari untuk pertama kali Rabu lalu, yang akan menimbulka­n masalah menjelang sambutan kemerdekaa­n hari ini.

Pola peningkata­n kes di hampir setiap negeri menunjukka­n ia bermula dari kawasan yang membuka semula ekonomi mereka paling awal dan cepat, bertentang­an dengan nasihat pihak berkuasa kesihatan persekutua­n.

 ?? (Foto AFP) ?? Kakitangan hospital melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap kanak-kanak di kem suku Sao Mata Verde Bonita, Rio de Janeiro, Brazil.
(Foto AFP) Kakitangan hospital melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap kanak-kanak di kem suku Sao Mata Verde Bonita, Rio de Janeiro, Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia