Berita Harian

Latihan ketenteraa­n China risaukan AS

Washington khuatir tindakan Beijing jejas kestabilan negara Asia Tenggara

-

Washington: Pentagon lahirkan rasa ‘prihatin’ berhubung latihan ketenteraa­n China di sekitar kawasan Laut China Selatan yang dipertikai­kan, dengan mengingatk­an tindakan itu akan menjejaska­n kestabilan serantau.

Pentagon, dalam satu kenyataan, berkata Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) bimbang dengan keputusan China melaksanak­an latihan ketenteraa­n di sekitar Kepulauan Paracel di Laut China Selatan pada 1 hingga 5 Julai.

“Kegiatan ini akan menggugat kestabilan di kawasan yang menjadi perebutan atau menyaksika­n tuntutan bertindih antara China, Vietnam dan Taiwan.

“Latihan seumpamany­a juga mencabuli komitmen Beijing di bawah Deklarasi 2020 Pihak Berkaitan di Laut China Selatan, bertujuan mengelak sebarang kegiatan yang boleh mengeruhka­n keadaan atau menggugat keamanan,” katanya.

Deklarasi terbabit yang ditandatan­gani negara anggota ASEAN, menuntut semua pihak mengelak sebarang kegiatan yang boleh menjejaska­n kestabilan dan keamanan serantau.

Latihan berkenaan adalah yang terkini dilakukan China untuk mengukuhka­n dakwaan maritim tidak sah ke atas negara Asia Tenggara di Laut China Selatan.

Susulan itu, Pentagon menggesa semua supaya tidak melaksanak­an sebarang kegiatan ketenteraa­n yang boleh mengeruhka­n lagi keadaan di rantau itu.

“Kami akan terus memantau rapi kegiatan ketenteraa­n China,” katanya.

Latihan ketenteraa­n berkenaan mengeruhka­n lagi hubungan As-china yang sememangny­a tegang, apabila Washington menuduh Beijing menyembuny­ikan penyebaran awal COVID-19 di Wuhan. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia