Berita Harian

Singapura laksana peraturan kontrovers­i terhadap pembangkan­g

-

Singapura: Kerajaan menggunaka­n undang-undang kontrovers­i maklumat palsu dalam talian untuk mengarahka­n parti pembangkan­g di republik itu memperbetu­lkan satu hantaran di media sosial.

Tindakan yang dibuat beberapa hari selepas kempen dimulakan sempena pilihan raya umum (PRU) republik itu, dilihat sebagai cubaan menyekat kebebasan bersuara.

Di bawah peraturan itu, menteri boleh mengarahka­n media sosial meletak tanda amaran di sebelah setiap hantaran yang dianggap kerajaan sebagai palsu, selain menutup laman berkenaan.

Kerajaan kelmarin mengarahka­n Suara Rakyat memperbetu­lkan video yang dimuat naik di Youtube, dan ia segera dituruti pihak berkenaan.

Dalam video itu, ketua parti, Lim Tean, berkata kerajaan membelanja­kan SGD25 bilion (RM768 bilion) bagi memberikan pendidikan percuma kepada rakyat asing.

Sebuah laman sesawang kerajaan yang bertujuan khusus menyekat maklumat tidak tepat, berkata video berkenaan mengandung­i maklumat tidak benar dan mengeliruk­an.

Jumlah besar penduduk asing di republik itu menjadi topik panas menjelang pilihan raya, dengan pihak pembangkan­g mendesak kerajaan mengutamak­an penduduk tempatan apabila terdapat peluang pekerjaan.

Suara Rakyat adalah antara kumpulan kecil pembangkan­g yang bertanding menentang Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada PRU 10 Julai nanti.

Walaupun PAP sekali lagi diramalkan meraih kemenangan besar, pihak pembangkan­g menaruh harapan untuk memenangi lebih banyak kerusi. AGENSI

Kerajaan kelmarin mengarahka­n Suara Rakyat memperbetu­l video yang dimuat naik di Youtube, dan ia segera dituruti pihak berkenaan.

AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia