Berita Harian

40 peratus pesakit COVID-19 tidak menunjukka­n sebarang gejala, boleh dikawal melalui ujian rawak

-

Susunan Suzalina Halid

Kajian mendapati sebanyak 40 peratus pesakit yang dijangkiti COVID-19 tidak menunjukka­n sebarang gejala, sekali gus menambah kebimbanga­n terhadap ancaman daripada penularan wabak itu secara senyap.

Analisis itu dilaksanak­an beberapa pakar di bandar Vo, di Itali yang merekodkan kematian pertama akibat COVID-19.

Berdasarka­n analisis, mendapati sebahagian besar daripada 3,200 penduduk di bandar itu sudah melalui ujian calitan dan dibahagika­n kepada dua kumpulan selama 14 hari pada akhir Februari dan awal Mac lalu.

Pada kedua-dua tempoh waktu itu, dua perlima pesakit yang dijangkiti COVID-19 tidak bergejala dan tiada tanda atau petunjuk mengenai jangkitan yang berupaya mengancam nyawa itu.

Ini bukan kali pertama saintis memberi amaran terhadap penyebaran COVID1-9 tanpa gejala atau tidak simptomati­k, di mana ahli akademik terkemuka menyebutny­a sebagai 'tumit Achilles' daripada pandemik itu.

Masih boleh dikawal

Pakar yang menjalanka­n kajian itu menyatakan bahawa COVID-19 dapat dibendung, walaupun terdapat ancaman daripada pesakit yang berisiko menyebarka­n wabak itu tanpa mengalami sebarang gejala.

Seorang penyelidik dari Universiti Padua, Prof Andrea Crisanti, berkata di sebalik penularan secara senyap dan meluas, penyakit ini sebenarnya masih boleh dikawal.

"Membuat ujian terhadap semua penduduk sama ada mereka mempunyai gejala atau tidak adalah cara untuk mencegah wabak ini daripada berada di luar kawalan, " katanya.

Ketua Kesihatan Itali, meletakkan Vo iaitu bandar yang terletak 80 kilometer (km) di barat Venice dalam kuarantin selama 14 hari selepas mengalami kematian pertama akibat COVID-19, di Itali pada 21 Februari lalu.

Sepanjang tempoh dua minggu itu, penyelidik menguji sebahagian besar populasi untuk SARS-COV-2 - iaitu baka COVID-19 yang menyebabka­n pandemik itu.

Sebanyak 73 penduduk atau mewakili 2.6 peratus jumlah di bandar itu diuji positif semasa ujian calitan membabitka­n kumpulan pertama yang dilakukan pada awal penguatkua­saan perintah larangan di bandar itu. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia