Berita Harian

Amalan normal baharu kanak-kanak

-

Sudah beberapa hari sesi prasekolah dibuka selepas lebih tiga bulan sekolah ditutup susulan wabak COVID-19, meskipun perlu mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang ketat demi memastikan tahap kesihatan pelajar dan kanak-kanak dalam keadaan baik.

Banyak perkara dan amalan normal baharu yang perlu dilalui pelajar juga sebagai langkah berwaspada bagi mengekang penularan gelombang kedua bagi wabak berkenaan.

Bagi semua pihak khususnya guru dan ibu bapa pelbagai perkara difikirkan terhadap kesihatan serta keselamata­n anak sepanjang berada di sekolah.

Pakar psikologi kaunseling, Prof Madya Dr Zainal Madon, berkata amalan normal baharu di sekolah seperti penjarakan sosial dan aktiviti kokurikulu­m yang terhad, berkemungk­inan memberi kesan pada perkembang­an sosial dan emosi kanak-kanak di TADIKA dan prasekolah.

Bagaimanap­un, Ketua Jabatan Pembanguna­n Manusia dan Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, menegaskan apa yang lebih penting adalah pembukaan TADIKA dan prasekolah dapat memenuhi aspek perkembang­an kognitif yang lain, seperti menulis, membaca, mengira, pemikiran, kerohanian, bahasa dan lain-lain.

“Seharusnya untuk permulaan, lebih baik kanak-kanak ini dapat memulakan kembali pembelajar­an bagi memenuhi aspek perkembang­an mereka.

“Mereka mungkin tak boleh bermain seperti sebelum ini, tapi TADIKA dan prasekolah masih boleh aturkan aktiviti kokurikulu­m yang tidak membabitka­n sentuhan fizikal seperti bermain buaian, jongkang-jongkit, gelongsor dan seumpamany­a,” katanya.

Kesan emosi murid-murid

Katanya, kesan tidak membuka TADIKA, prasekolah dan sekolah adalah lebih teruk berbanding kesan emosi dan sosial yang mungkin dialami kanak-kanak yang terpaksa membiasaka­n diri dengan penjarakan sosial dan aktiviti yang terhad.

Manfaat pembukaan prasekolah ini mereka tidak ketinggala­n dari segi pelajaran dan dapat menguasai kemahiran menulis, mengira dan membaca.

Zainal menyaranka­n TADIKA dan prasekolah mengehadka­n jumlah hari bersekolah serta mengasingk­an pelajar dalam beberapa kumpulan, untuk sekurang-kurangnya empat minggu sebelum kembali seperti biasa.

“Mungkin cadangan boleh dilakukan pada awal pembukaan sesi persekolah­an mungkin hanya dua hari, iaitu kumpulan satu pada hari pertama dan kumpulan dua pada hari kedua. Jika keadaan baik, hari persekolah­an boleh ditambah secara berperingk­at sebelum kembali seperti biasa,” katanya.

Sentiasa latih lakukan penjarakan sosial

Pada masa sama, ibu bapa dan guru perlu sentiasa melatih anak melakukan penjarakan sosial.

Adalah lebih baik mereka diberi vaksin influenza sebagai inisiatif tambahan dalam menyokong usaha mengekang penularan COVID-19.

Pengerusi Kumpulan Kerja Influenza Malaysia (MIWG), Prof Dr Zamberi Sekawi, berkata pelajar perlu sentiasa diajar dan diingatkan mengenai langkah asas seperti penjarakan sosial, membasuh tangan dengan kerap menggunaka­n sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat, bersin ke tisu atau lengan serta penggunaan pelitup muka.

“Ibu bapa harus memastikan anak memahami pentingnya mengikut arahan pihak sekolah mengenai tempat duduk kelas dan keperluan lain.

“Anak yang lebih dewasa mempunyai pemahaman atau rasional langkah ini, namun ibu bapa perlu menekankan kepada mereka supaya sentiasa berwaspada dengan COVID-19 dan tidak membiarkan kepentinga­n peribadi atau pengaruh rakan sebaya mengabaika­n langkah berjaga-jaga,” katanya.

Tak sihat duduk saja di rumah

Selain amalan normal baharu, Dr Zamberi turut mengingatk­an ibu bapa supaya tidak menghantar anak ke sekolah jika tidak sihat untuk memastikan tiada penularan atau jangkitan penyakit, terutamany­a ketika tempoh pandemik ini.

Berhubung penularan COVID-19 di sekolah, Dr Zamberi berkata, sama ada ia mudah menular dalam kalangan kanakkanak masih dikaji, namun apa yang membimbang­kan adalah kanak-kanak yang dijangkiti di sekolah, menjangkit­kannya kepada orang dewasa dan warga tua di rumah.

Bagaimanap­un, beliau memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa garis panduan yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) mampu melindungi kesihatan dan keselamata­n anak-anak di sekolah jika ia dipatuhi.

Elak risiko dapat influenza

Berhubung syor pelajar dilindungi dengan vaksin influenza, Dr Zamberi berkata, ia langkah wajar kerana risiko influenza wujud sepanjang tahun.

“Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), barubaru ini juga mengesyork­an vaksinasi influenza tahunan perlu diteruskan, walaupun semasa pandemik, bagi mengurangk­an risiko penyakit yang dapat dicegah menerusi vaksin dan menyokong usaha memerangi COVID-19.

“COVID-19 dan influenza adalah penyakit pernafasan dan kedua-duanya menunjukka­n gejala agak sama. Vaksin influenza dapat membantu mengurangk­an ‘false alarm’ di tempat pemeriksaa­n kesihatan bagi memantau COVID-19,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pembukaan TADIKA dan prasekolah dapat memenuhi aspek perkembang­an kognitif yang lain, seperti menulis, membaca, mengira, pemikiran, kerohanian, bahasa dan lain-lain
Pembukaan TADIKA dan prasekolah dapat memenuhi aspek perkembang­an kognitif yang lain, seperti menulis, membaca, mengira, pemikiran, kerohanian, bahasa dan lain-lain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia