Berita Harian

Model supercar penuh kejutan

-

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Secara rasminya model supercar paling dinantikan, Ferrari F8 Spider akhirnya ‘mendarat’ di Malaysia, sekali gus menjadi penampilan sulung di pasaran Asia Tenggara.

Dibawa masuk menerusi Naza Italia, model gantian kepada Ferrari 488 Spider ditawarkan pada harga asas RM1,178,000, tidak termasuk pilihan ‘custom’ pelanggan, duti, cukai dan insurans.

Lebih menarik model hasil kejurutera­an Itali itu didatangka­n dengan program servis percuma selama tujuh tahun oleh pengeluar.

Selain Malaysia menjadi penampilan sulung model di rantau ini, Ferrari F8 Spider juga ditawarkan dengan pemanduan sebelah kiri.

Ferrari F8 Spider adalah versi buka bumbung bagi F8 Tributo dengan bukaan hanya memerlukan 14 saat untuk dilipat atau dipasang semula ketika bergerak sehingga kelajuan 45 kilometer sejam (km/j).

Sebelum menyentuh lebih lanjut mengenai reka bentuknya, pasti ramai yang ingin mengetahui kuasa ditampilka­n supercar ini.

Enjin berkuasa tinggi

Ferrari F8 Spider dikuasakan oleh enjin F154 CD 3.9 liter pengecas turbo V8 yang mampu menjana 710 kuasa kuda (hp) pada 8,000 rpm dan tork 770 Nm pada 3,250 rpm.

Ia dipadankan dengan kotak gear F1 klac berkembar tujuh kelajuan dan mampu mencapai pecutan 0-100km/j dalam masa hanya 2.9 saat dengan kelajuan maksimum 340km/j.

Dari segi berat, Ferrari F8 Spider 20 kilogram (kg) lebih berat berbanding Ferrari 488 Pista Spider, tetapi 20kg lebih ringan berbanding Ferrari 488 Spider.

Pemanduan dinamik model ini juga dibantu oleh sistem versi 6.1 serta

baharu (FDE+) yang aktif dalam mod Race.

Sistem turut membantu memudahkan kawalan terhadap kereta ini.

Turut disediakan ialah

yang akan menganalis­is cengkaman ketika kereta memecut dan kemudianny­a menggunaka­n kawalan elektronik untuk mengoptimu­mkan tork bagi mengurangk­an

Turut ada ialah

yang memberikan pecutan berkuasa dan lancar di garis merah.

Tork maksimum adalah 10Nm lebih tinggi berbanding Ferrari 488 Spider walaupun pada kelajuan enjin yang rendah.

Meninjau di bahagian luaran, depan kereta ini sama seperti Ferrari Tributo termasuk sentuhan rekaan utama iaitu lampu utama LED dengan rekaan kompak serta S-duct.

Menjengah di ruang kabin, Ferrari F8 Spider tampil dengan stereng lebih kecil, kerusi yang direka semula serta paparan skrin sentuh penumpang 7 inci.

Papan pemuka pula menampilka­n panel aluminium dengan kemasan gentian karbon.

Unit dalam warna perak metalik ini turut dilengkapi dengan sistem hi-fi serta elemen gentian karbon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia