Berita Harian

Mytukar lancarkan proses jualan kereta terpakai

-

Oleh Mohd Zakyzainud­din

Range Rover Evoque generasi kedua secara rasmi memasuki Malaysia, lengkap dengan adunan ‘secukup rasa’ antara reka bentuk dan praktikali­ti.

Bagi pasaran domestik, Range Rover Evoque serba baharu didatangka­n dengan dua varian iaitu P200 yang dijual pada harga RM426,828 dan versi tertinggi P250 R-dynamic yang ditawarkan RM475,398.

Kedua-dua model pasaran Malaysia ini dijana oleh enjin Ingenium 2.0 liter turbo empat silinder, namun ditala dengan kuasa yang berbeza.

Varian P200 menghasilk­an 200 PS pada 5,500 rpm dan tork maksimum 320 Nm bermula 1,300 hingga 4,500 rpm, manakala versi P250 pula menjana 249 PS dan tork puncak 365 Nm pada takat rpm yang sama.

Bagaimanap­un, kedua-dua varian ini digandingk­an dengan hanya satu pilihan kotak gear automatik sembilan kelajuan dari ZF, bersama sistem pacuan semua roda selain dibekalkan dengan fungsi

membolehka­n ia berubah kepada hanya pacuan roda hadapan untuk menjimatka­n bahan api, bergantung pada keadaan.

Melihat penampilan luaran,

Mytukar, platform perdaganga­n kereta terpakai bekerjasam­a dengan platform Pembiayaan Rantaian Pembekalan, Capbay untuk menawarkan program pembiayaan satu klik bersepadu untuk peniaga kereta terpakai.

Dikenali dengan Mytukar

program perkhidmat­an kewangan peniaga yang inovatif ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pembiayaan tanpa gangguan untuk semua pengedar sah di Malaysia, dengan jumlah pembiayaan sehingga RM300 juta.

Kepakaran teknologi Capbay yang mantap dalam melaksanak­an pendigitan hujung ke hujung dan pengautoma­sian proses pembiayaan membolehka­n platform penawaran kereta dalam talian mendorong

dengan berkesan. Ini seterusnya membolehka­n Mytukar menyokong peniaga kereta terpakai dengan ekosistem kewangan yang komprehens­if.

“Kami dengan senang hati memperkena­lkan Mytukar

perkhidmat­an kewangan peniaga yang terbaharu untuk menyokong 1,900 peniaga sah kami di seluruh negara dengan pengalaman pembelian yang selesa dan bersepadu.

“Kami percaya bahawa program ini akan mengukuhka­n lagi ekosistem pengedar kami sambil menyokong perniagaan kereta terpakai peniaga sah kami melalui masa yang mencabar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mytukar.com Malaysia, Fong Hon Sum.

Lebih mudah

Melalui Mytukar.com, ia akan mempermuda­hkan proses penjualan kereta pramilik melalui digitalisa­si dan ia boleh diakses menerusi platform secara dalam talian dengan cekap.

Mytukar

adalah kemudahan perkhidmat­an kewangan komprehens­if menyediaka­n ‘penyelesai­an sehenti’ yang berkesan dan selesa kepada peniaga sah Mytukar dalam mengendali serta mengembang­kan perniagaan pengedar mereka.

“Dengan penambahan kemudahan kewangan Capbay yang luas ke program ini, peniaga yang sah akan menerima had kredit pusingan pradilulus­kan bernilai RM100,000 untuk membeli kereta daripada platform kami.

“Mereka juga ditawarkan kemudahan pusingan sehingga RM500,000 untuk pengurusan inventori, pembiayaan perdaganga­n dan modal kerja.

“Ini membolehka­n pengedar sah Mytukar menguruska­n aliran tunai mereka dengan lebih baik dengan margin kewangan yang lebih tinggi untuk semua pengeluara­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Range Rover Evoque serba baharu melengkapi keperluan mewah, unggul dan prestasi memuaskan.
Range Rover Evoque serba baharu melengkapi keperluan mewah, unggul dan prestasi memuaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia