Berita Harian

Range Rover Evoque mewah, menawan

Adunan imej serba lengkap

-

garis badan pada Evoque baharu ini adalah kesinambun­gan daripada model sebelumnya yang garis bumbung menurun ke belakang dengan landai, manakala garis bahu pula menaik ke atas.

Pada bahagian belakang pula, Evoque diberikan perincian seperti Velar, bersama pembuka pintu yang boleh disorok.

Untuk pasaran Malaysia, lampu hadapan LED Premium dengan lampu tinggi automatik bersama lampu isyarat membelok sequential, serta rim aloi lima jejari 20 inci hadir sebagai ciri standard.

Teknologi baharu

Bagi varian R-dynamic pula, ia menerima bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty, kemasan seakan liang udara pada penutup bonet, kemasan seakan tembaga, lampu kabus hadapan serta rim dengan rekaan turbin.

Walaupun dimensi Evoque baharu ini hanya sedikit lebar dan sedikit tinggi berbanding model generasi sebelum ini, ia dihasilkan dengan jarak roda 21 milimeter (mm) lebih panjang.

Ini membolehka­n ruang kaki untuk penumpang belakang lebih luas, bersama ruang but yang 10 peratus lebih besar kepada 591 liter.

Menjengah ke dalam kabin, Range Rover Evoque mendapat inspirasi daripada Velar dengan rekaan ringkas dilengkapi sifat mewah, minimalis dan digital.

Antara ciri yang diberikan termasuk sistem skrin sesentuh berkembar dengan saiz 10 inci iaitu untuk infotainme­n dan larasan pendingin hawa serta kenderaan.

Kelengkapa­n standard lain untuk bahagian dalaman termasuk sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, pendingin hawa dua zon, cermin pandang belakang paparan instrumen digital dengan skrin 12.3 inci, kulit dan kemasan aluminium.

Selain itu, tempat duduk hadapan larasan berkuasa 14 hala dengan memori turut didatangka­n untuk model ini selain kolum stereng larasan berkuasa, sokongan dan

sistem bunyi dengan 11 pembesar suara, kamera undur dan juga pintu tailgate bukaan tanpa sentuhan tangan.

Bagi varian R-dynamic pula, ia ditambah dengan kelengkapa­n seperti balutan kulit dua tona, kemasan aluminium gelap, pelapik bumbung hitam, kemasan bendul sisi krom, set pedal aluminium, lampu suasana serta sistem kamera 360 darjah.

Model varian tertinggi ini juga menerima teknologi baharu yang mula ditampilka­n pada Evoque generasi baharu iaitu cermin pandang belakang digital

dan juga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia