Berita Harian

COVID-19 beri hikmah

Tiga dekad jadi anak seni, pelakon lancar tanda pagar sanjungi peminat

- • •

Berkongsi perihal kerjaya, Nora melunaskan baki penggambar­an telefilem arahan Yeop Hitler, Mac lalu.

Penggambar­an dua hari sempat dilakukan sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan pada 18 Mac.

“Pada mulanya, saya berlakon bersama Fendy Bakry yang memegang watak Ungku. Namun, kerana masalah kesihatan, watak itu bertukar kepada Azlee Khairi.

“Azlee sangat menyenangk­an. Jadi, pertukaran pelakon itu tidak menjadi masalah. Azlee berjaya menggalas tugas diberi biarpun tiba-tiba,” katanya.

Nora berkata, keserasian antara mereka termasuk seorang lagi pelakon, Nazeera Sardi cukup terserlah.

“Azlee gemar berlawak, peramah dan memudahkan kerja.

Jadi, kami pantas jadi ‘geng’. Orangnya baik dan gemar belanja semua yang ada di set penggambar­an.

“Azlee suka beli asam, keropok dan macam-macam kudapan lagi untuk menjamu pelakon dan kru,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berharap kesihatan Fendy kembali pulih.

“Sebelum telefilem saya pernah berlakon untuk tele filem dan drama bersiri

dengannya. Fendy seorang pemuda yang baik,” katanya.

Curi masa bersenam

Nora tidak dapat melupakan kenangan indah khatam al-quran buat kali pertama pada 10 malam terakhir Ramadan lalu.

“Ketika kecil, saya nakal selalu ponteng mengaji. Biasalah perangai kanak kanak. Disebabkan itulah, saat khatam al-quran, saya

Oleh Zaidi Mohamad

Tiga dekad bergeluman­g dalam dunia seni seharusnya meletakkan Nora Danish di liga tersendiri.

Bagai tidak pernah hilang seri, isteri Nedim Nazri ini muncul antara selebriti yang memiliki pengikut Instagram (IG) paling ramai di Malaysia, selain Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa.

Ibu kepada dua putera, Putra Rayqal Ramli dan Mohamed Neqayl Nazri Aziz ini mengumpul lebih tujuh juta pengikut di laman bergambar dan video popular itu.

Malah, hingga hari ini, biarpun belum beroleh rezeki diangkat pada acara anugerah seni, Nora menjadi antara pelakon yang terus relevan serta banyak disogok tawaran penerbit drama dan filem. Baru-baru ini, pelakon filem

dan Bukan secara suka-suka mewujudkan tanda pagar Noracintay­ou dedikasi buat insan yang menyokongn­ya. tidak mampu menyembuny­ikan tangisan air mata gembira.

“Ia seperti kejayaan yang cukup luar biasa buat saya yang jahil ini. Saya tidak sangka ia menjadi kenyataan. Sukar digambarka­n dengan kata-kata. Kalau kita terus merayu, Allah pasti kabulkan niat itu.

“Di sebalik ujian pandemik COVID-19 hingga PKP dikuatkuas­akan, saya beroleh kesempatan terindah ini,” katanya.

Akhir perbualan, pelakon drama ini juga ditanya mengenai penampilan­nya sekarang. Ramai memuji bentuk badannya yang semakin ramping.

“Saya amalkan kopi diet, Kaffi. Jadi senang hendak kawal makan. Pada masa sama, produk ini membakar lemak dalam badan. Saya juga curi-curi masa bersenam,” katanya

Nora

“Tanda pagar itu saya zahirkan sebagai tanda terima kasih buat mereka yang selama ini menyokong semua perkara yang saya lakukan.

“Tidak kira di mana mereka berada, baik yang menyokong dan memerhatik­an saya secara diam atau nyata. Setiap inci sokongan diberi cukup bermakna dan amat dihargai.

“Mereka boleh jadi peminat, pengikut media sosial atau sesiapa saja. Apa yang dilakukan mungkin tidak terbalas.

“Saya anggap tanda pagar itu lebih bersifat suka-suka namun terselit makna berharga,” katanya kepada

Tambah Nora, dunia lakonan masih menjadi cinta saktinya.

“Sekalipun saya ada keluarga dan sibuk dengan perniagaan, minat terhadap dunia lakonan masih tebal. Anak pun makin membesar, jadi saya tak kisah memberi waktu dalam dunia lakonan.

“Suami juga memahami minat seni saya sejak dulu,” kata pemilik salun Karva ini.

 ??  ?? sekeluarga mengabadik­an kenangan Aidilfitri lalu.
sekeluarga mengabadik­an kenangan Aidilfitri lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia