Berita Harian

‘Kami bukan orang susah’

Isteri To’ki bahagia cara hidup sekarang, tetap hargai keprihatin­an orang ramai

-

Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Biarpun tempat berteduh tidak sempurna di mata orang, isteri penyanyi To’ki tidak pernah menganggap keadaan itu suatu kekurangan.

Luah Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, atau mesra dipanggil Fairuz, pondok kecil itu tetap indah di matanya.

“Usahlah tulis tempat tinggal kami pondok usang. Mengapa tidak menyatakan ia pondok yang indah. Keadaan kami tidak terlampau teruk walaupun rumah kecil tapi indah.

“Kami bukan orang susah, tidak cukup makan atau keperluan. Memang kami bukanlah orang kaya, tapi apa yang ada mencukupi,” katanya ketika ditemui di pondoknya di Batu 12, Gombak, semalam.

Selepas berita kehidupan To’ki atau nama sebenar, Mohd Zaki Mansur, tular, Fairuz tidak

To’ki

terlepas terkena tempias.

Sejak tiga hari lalu, Fairuz memberitah­u, dia dihujani panggilan telefon dan mesej, tidak kira daripada ahli keluarga, saudaramar­a, malah rakan lama.

“Bayangkan, jiran rumah lama yang tidak tahu menahu mengenai kisah sebelum ini menghubung­i saya. Saudaramar­a pun ramai yang telefon bertanya.

“Jujurnya, malu pun ada, sehingga saya tidak menjawab panggilan telefon. Bukan apa, ramai yang menghubung­i menyatakan hasrat untuk datang menghantar sumbangan.

“Saya hargai sikap prihatin itu. Tapi kami bukan orang susah yang tidak cukup makan... Alhamdulil­lah, semuanya mencukupi.

“Saya rasa macam nak pekakkan telinga dan tidak mahu membaca mesej yang diterima,” katanya.

Tidak dinafikan, sehingga semalam, pondok mereka tidak putus dikunjungi orang ramai.

Ada yang datang untuk bertanya khabar dan menghulurk­an sumbangan seperti barangan keperluan.

Bagaimanap­un, wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini akur tumpuan diterima kerana suami yang dikenali ramai. Biar apapun, Fairuz bersyukur atas keprihatin­an semua pihak.

Sedang siapkan novel

Melihat keadaan dirinya yang bertongkat berikutan kemalangan pada 10 Jun lalu, Fairuz berkata, dia sukar berjalan selepas tulang pinggulnya patah.

“Disebabkan itu, ligamen saya lari dan kaki sukar untuk berpijak. Doktor nasihat kalau mahu tulang pinggul kembali bercantum, kaki saya tidak boleh bertapak tiga bulan.

“Bulan depan, saya ada pertemuan dengan doktor. Dia akan teliti sama ada saya perlu jalani fisioterap­i atau tidak,” katanya.

Tidak lokek bercerita mengenai latar belakangny­a, Fairuz pernah bekerja sebagai penulis di salah sebuah firma pengiklana­n terkenal di Kuala Lumpur.

Fairuz berkata, sebelum berkahwin dengan To’ki pada Ogos 2018, dia bekerja secara sambilan.

“Selepas berhenti bekerja di firma pengiklana­n itu, saya bekerja di sebuah syarikat di Petaling Jaya.

“Bagaimanap­un, syarikat itu mengalami masalah, jadi saya kerja sambilan. Sebelum berkahwin, saya sudah bekerja sambilan,” katanya.

Fairuz bersyukur masih mampu bekerja.

“Alhamdulil­lah, saya masih menulis. Saya sedang menyiapkan novel berkisar kisah kemanusiaa­n dan cinta. Novel ini dalam proses suntingan dan Insya-allah siap tidak lama lagi,” katanya yang dihadiahka­n komputer riba oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZMAIWP) untuk terus aktif dalam bidang penulisan kreatif.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? bersama Fairuz di pondok yang didiami mereka di Batu 12, Gombak.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) bersama Fairuz di pondok yang didiami mereka di Batu 12, Gombak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia