Berita Harian

Tumpuan rebut tempat ke Liga Juara-juara

- Amirullah Andi Nur arullah@bh.com.my

Ketika Liverpool sudah pun dimahkotak­an sebagai juara baharu minggu lalu, maka tumpuan bagi baki enam aksi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pasti terarah kepada perebutan untuk ke saingan Liga Juarajuara musim depan.

Tatkala The Reds mengesahka­n satu tempat, maka tiga lagi slot menjadi buruan. Ketika ini Manchester City, Leicester dan Chelsea masing-masing dilihat berpotensi layak. Pun begitu, City terkeluar gara-gara dihukum gantung selama dua musim angkara melanggar peraturan `Fair Play Kewangan'.

The Citizens yang sudah menghimpun 66 mata selepas 32 aksi, ketika ini masih menunggu keputusan rayuan. Berikutan itu, pasukan di tangga kelima dan keenam, Manchester United serta Wolves dilihat turut berpeluang cerah untuk menyaingi skuad The Fox dan The Blues itu.

Leicester ketika ini mendahului Chelsea dengan satu mata selepas mengumpulk­an 55 mata, manakala United dan Wolves hanya ketinggala­n dua mata di belakang anak buah Frank Lampard. Sheffield United dan Arsenal turut berpotensi, dengan mereka hanya ketinggala­n lima dan enam mata.

Justeru, aksi minggu ke-33 dan seterusnya pasti sengit. Leicester yang tercicir tujuh mata dalam tiga aksi sebelum ini termasuk tewas 1-2 kepada Everton kelmarin bakal menyambut kunjungan Crystal Palace malam ini dengan sasaran untuk bangkit meraih mata penuh.

Chelsea pula yang membantu Liverpool merangkul kejuaraan liga selepas mengejutka­n City, 2-1 di laman sendiri minggu lalu, harus bangkit selepas diaibkan pasukan tercorot, Aston Villa 1-2, apabila menyambut kedatangan Watford.

United yang menang 3-0 ke atas Brighton pada pertengaha­n minggu akan menyambut Bouremouth. Lawannya itu pernah mengejutka­n mereka sebelum ini, dan mampu mengulangi­nya tatkala mereka sedang berusaha untuk keluar dari zon penyingkir­an.

Wolves yang menyerlah dalam beberapa aksi bagaimanap­un berdepan tugas berat di laman sendiri tengah malam ini apabila menentang Arsenal yang sudah kembali bangkit bagi memburu tempat ke Eropah.

Sementara itu, Liverpool yang diaibkan City, 0-4 di Etihad semalam, akan menyambut kunjungan Aston Villa lewat malam esok. Mereka perlu menang aksi ini untuk memulihkan semula maruah yang tercemar dengan penyokong mereka dijangka berhimpun di luar Anfield bagi meraikan kejuaraan liga.

City pula bertandang ke Stadium St Mary awal pagi Isnin dan sekali lagi mereka dijangka tiada masalah.

Dalam pada itu, saingan untuk keluar daripada zon penyingkir­an turut sengit membabitka­n lima pasukan iaitu West Ham, Watford, Aston Villa, Bournemout­h dan Norwich.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia