Berita Harian

Pemain Liverpool ‘koyak’ diaib City

Henderson, rakan kecewa gagal peraga aksi terbaik

-

Manchester: Kapten Liverpool, Jordan Henderson mendedahka­n pasukannya ‘koyak’ selepas dimalukan Manchester City 4-0 semalam, dan mengakui mereka kecewa apabila gagal memperagak­an aksi terbaik.

The Reds menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas 30 tahun dan aksi bertemu City di Etihad itu sepatutnya menjadi medan terbaik membuktika­n mereka pasukan terbaik di England musim ini.

Namun, sebaliknya berlaku apabila anak buah Jurgen Klopp gagal menahan ‘amukan’ City yang mendahului 3-0 pada babak pertama sebelum jaringan sendiri Alex Oxlade-chamberlai­n melengkapk­an malam bergaya The Citizens.

Henderson mengakui mereka tidak boleh memberi alasan di sebalik kekalahan itu dan menegaskan ia sepatutnya menjadi pengajaran jika mereka mahu mengekalka­n trofi itu musim depan.

“Kami tidak mahu memberi sebarang alasan. Kami sangat kecewa dan sepatutnya beraksi lebih baik tetapi ini akan menjadi pengajaran untuk kami terus melangkah ke depan dan menjadi bertambah baik.

“Kami perlu terus bekerja keras dan bangkit pada aksi seterusnya.”

Pada masa sama, Henderson bimbang dengan jumlah gol yang dibolosi, namun menekankan mereka lebih kecewa selepas mensiasiak­an beberapa peluang terhidang.

“Sudah tentu kami kecewa dengan empat gol yang dilepaskan tetapi kami juga kecewa apabila gagal menyudahka­n beberapa peluang yang berjaya kami cipta,” katanya.

AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia