Berita Harian

Mourinho naik angin

-

London: Jose Mourinho mendakwa pengadil bantuan video (VAR) akan membuatkan peminat benci dengan bola sepak selepas Tottenham Hotspur menjadi mangsa terbaru gol kontrovers­i ketika kekalahan 1-3 di tangan Sheffield United, semalam.

Sheffield mendahului permainan menerusi rembatan babak pertama Sander Berge di Bramall Lane.

Tetapi gol penyamaan Tottenham menerusi Harry Kane dibatalkan pengadil VAR yang mendakwa bola terkena tangan Lucas Moura.

Ia kelihatan seperti bola disepak ke arah Moura sebelum jaringan Kane dan Mourinho naik angin di tepi padang dengan keputusan itu.

Lys Mousset dan Oli Mcburnie menambah derita Mourinho apabila masing-masing menjaringk­an satu gol selepas rehat.

Gol minit terakhir Kane tidak membantu Tottenham, yang kini berisiko terlepas tiket ke Liga Juara-juara musim depan.

“Saya hanya boleh katakan yang biasanya saya bersikap profesiona­l di bangku simpanan dalam situasi seperti ini. Saya tidak akan membuat aduan dengan lelaki memegang wisel kerana ia bukan lagi salah pengadil.

“Ini adalah permulaan segalanya. Saya rasa pengadil sepatutnya menjadi orangnya di atas padang dan mereka di dalam pejabat hanya perlu menyokong dan membantu.

“Itu yang sepatutnya. Pengadil yang tidak berapa bagus di atas padang, kita tidak boleh harapkan yang dia akan bagus di dalam pejabat.

“Kita menuju ke arah yang tidak bagus untuk permainan cantik ini, permainan yang membuatkan semua orang jatuh cinta dengannya,” kata Mourinho.

Pengendali Sheffield, Chris Wilder turut menyokong katakata Mourinho dengan berkata: “Saya mempunyai senarai keputusan yang tidak menyebelah­i kami.

“Kami adalah juara tidak rasmi Eropah dalam keputusan VAR yang tidak menyebelah­i kami.

“Saya boleh memahami kekecewaan pengendali mereka. Saya juga akan kecewa. Ia keputusan mengarut, ia tidak disengajak­an.” AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia