Berita Harian

SPRM tidak pernah hentikan siasatan kes projek terowong dasar laut

Peralihan kepemimpin­an negara tak halang selesai kes

- Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my

Georgetown: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menutup atau berhenti daripada melakukan siasatan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Ia susulan wujud dakwaan SPRM membuka kembali siasatan itu selepas berlaku peralihan kuasa daripada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya membuka lima kertas siasatan berhubung projek berkenaan dan tiada cadangan menutup kes, malah siasatan berjalan seperti biasa.

“Kita akui siasatan kes agak perlahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi tidak pernah ada cadangan menutup siasatan projek ini.

“Pembentang­an pegawai penyiasat kes ini memaklumka­n siasatan sudah di peringkat akhir manakala kertas siasatan akan dilengkapk­an secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh dua hingga tiga minggu.” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilaporkan berkata, kerajaan negeri ada menerima surat daripada SPRM mahu menemu ramah beberapa pemimpin negeri membabitka­n EXCO penggal lalu berhubung projek terowong dasar laut.

Katanya, kerajaan negeri memberi kerjasama penuh terhadap siasatan dan sudah diselesaik­an.

Beliau turut berkata, kerajaan negeri menerima dua surat daripada SPRM pada 2018 yang membersihk­an nama kontraktor projek berkenaan dan seorang pegawai kanannya daripada sebarang salah laku, selain pengesahan kes sudah selesai dan tiada pendakwaan dibuat.

Azam berkata, pihaknya mengikuti kes projek terowong dasar laut itu sejak kertas siasatan dibuka pada 2017 manakala siasatan akan bersambung apabila bukti baharu ditemui.

Ditanya jika ada lagi tangkapan membabitka­n golongan kenamaan dalam kes berkenaan, beliau menyerahka­n kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Saya belum menerima laporan daripada pegawai penyiasat untuk menahan mana-mana pihak manakala beberapa penahanan sebelum ini dibuat atas keperluan.

Katanya, seramai 32 saksi tambahan diambil keterangan dalam tempoh lima hari ini untuk melengkapk­an siasatan.

“Kita akan mengambil keterangan antara 10 hingga 15 saksi lagi berkaitan projek itu minggu hadapan,” katanya.

Selasa lalu, SPRM menahan reman seorang bekas pegawai kanan Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut.

SPRM turut mengunjung­i pejabat kerajaan negeri dan menemui beberapa pemimpin bagi melengkapk­an siasatan.

Sebelum ini, pelbagai kontrovers­i tercetus berkaitan projek terowong sepanjang 7.2 kilometer menghubung­kan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai yang dianggar bernilai RM6.3 bilion.

 ??  ??
 ??  ?? Azam (tengah) ketika lawatan kerja di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown.
Azam (tengah) ketika lawatan kerja di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia