Berita Harian

20,816 pengundi DUN Chini pilih wakil rakyat baharu hari ini

Pengundian dalam normal baharu babit SOP ketat

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Hari ini, seramai 20,816 pengundi berperanan menunaikan tanggungja­wab memilih wakil rakyat mereka yang baharu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang.

PRK kali ini menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Mohd Sharim Md Zain, 41, yang mewakili Barisan Nasional (BN) serta dua calon Bebas, ialah Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Ia diadakan susulan kematian penyandang­nya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu. Allahyarha­m

adalah wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum Ke-11.

Buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara, pengundi diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam keadaan normal baharu susulan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk menangani penularan COVID-19.

Justeru, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menasihati pengundi agar keluar mengundi mengikut masa yang dicadangka­n dan tidak melakukann­ya pada saat-saat akhir walaupun waktu mengundi bermula dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Ia bertujuan mengelakka­n pengundi berkumpul dalam jumlah yang ramai, sekali gus memastikan pematuhan penjarakan sosial di pusat mengundi.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mempunyai seramai 20,990 pengundi, termasuk 156 pengundi pos dan 18 pengundi awal polis.

Di Pekan, BERNAMA melaporkan, 838 petugas akan memastikan kelancaran proses pengundian PRK terbabit yang perlu dijalankan secara normal baharu.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr

Azmi Sharom, berkata persiapan bagi mengadakan PRK DUN Chini berjalan lancar dengan beberapa kerja pemeriksaa­n akhir dilakukan, semalam.

Beliau berkata, semakan rapi peti undi dibuat bagi memastikan tugas di tempat mengundi berjalan lancar membabitka­n 65 saluran di 13 pusat pengundian biasa.

“Ketika proses semakan peti undi, semua Ketua Tempat Mengundi dan kerani menyemak semua peralatan dibekalkan SPR kepada mereka, termasuk alat tulis, dakwat pilihan raya serta borang berkaitan.

“Ia termasuk mereka disediakan cecair pembasmi kuman, pelitup muka, berus bagi mencalit di tangan dan sarung tangan getah kepada 20,816 pengundi biasa pada hari pengundian esok (hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir petugas SPR di Pusat Penjumlaha­n Rasmi Undi bagi PRK DUN Chini di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, semalam.

Azmi berkata, SPR menyasarka­n 70 peratus pengundi akan keluar menunaikan tanggungja­wab berkenaan, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata kementeria­n akan memantau rapi pengundi yang menunjukka­n gejala berkaitan COVID-19.

Beliau berkata, pengundi akan diasingkan ke khemah khas sebaik sahaja saringan mendapati suhu mereka melebihi 37.5 darjah Celsius atau menunjukka­n gejala lain.

“Pengundi bergejala kemudian akan diberi sarung tangan getah untuk dipakai sepanjang proses pengundian. Selepas selesai mengundi, sarung tangan getah berkenaan perlu dibuang dan mereka akan diminta menjalani pemeriksaa­n rapi oleh petugas kesihatan.

“Pemeriksaa­n berkenaan akan menentukan sama ada mereka perlu dirujuk ke hospital, terutama bagi saringan COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di Dewan Mempelas Kampung Baru PPSK Salong, di Pekan, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? Azmi Sharom
Azmi Sharom

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia