Berita Harian

Jangan tunggu moratorium tamat

-

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) meminta peminjam yang menjangka menghadapi masalah membayar balik apabila tempoh moratorium tamat September ini supaya berjumpa bank mulai sekarang bagi membincang­kan penstruktu­ran atau penjaduala­n semula pinjaman. Peminjam dinasihatk­an tidak melantik pihak ketiga bagi tujuan itu.

Kuala Lumpur: Sebanyak 88 peratus atau 1,648 daripada 1,873 responden undian dalam talian dijalankan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), memilih mengambil moratorium atau penangguha­n bayaran balik pinjaman.

Ketua Unit Pembanguna­n Modul Jabatan Pendidikan Kewangan AKPK, Nirmala Supramania­m, berkata tinjauan susulan ke atas 788 responden yang mengambil moratorium mendapati 48 peratus atau 378 responden mahu mewujudkan simpanan waktu kecemasan.

Katanya, sebanyak 21 peratus atau 165 responden mengambil moratorium untuk menggunaka­n duit berkenaan bagi membeli keperluan harian, manakala 16 peratus atau 126 responden merancang menggunaka­n duit untuk pelaburan.

Selain itu, sebanyak 11 peratus atau 87 responden lagi merancang menguruska­n pinjaman yang lebih rendah, manakala empat peratus atau 32 responden tiada perancanga­n.

“Bagaimanap­un, undian ini tidak mengambark­an keseluruha­n situasi sebenar kerana ia hanya undian secara rawak dilakukan dalam talian melalui Faceboook AKPK dan microsite AKPK, #askakp dari April hingga Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan BERNAMA TV malam kelmarin.

Nirmala berkata, kajian AKPK turut mendapati tahap tekanan kewangan meningkat sebanyak 35 peratus dalam kalangan golongan bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Katanya, perkara itu kerana PKP dan pandemik COVID-19 adalah situasi di luar jangkaan dan ramai yang tidak bersedia dari segi simpanan wang untuk kecemasan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesion Malaysia (PENIAGAWAT­I), Datuk Azlin Ahmad Shaharbi berharap bank membuat penilaian secara menyeluruh berhubung isu pinjaman.

Katanya, langkah itu perlu dalam membantu usahawan mikro serta perusahaan kecil dan sederahana (PKS) yang berdepan masalah membayar balik pinjaman selepas moratorium tamat.

“Usahawan mikro serta PKS memang terkesan oleh PKP,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Pinjaman perumahan antara terbabit moratorium yang diberikan kerajaan bagi membantu rakyat terjejas akibat wabak COVID-19.
(Foto hiasan) Pinjaman perumahan antara terbabit moratorium yang diberikan kerajaan bagi membantu rakyat terjejas akibat wabak COVID-19.
 ??  ?? Nirmala Supramania­m
Nirmala Supramania­m

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia