Berita Harian

Waspada penipuan khidmat badal haji

Umat Islam diingat tidak terpedaya promosi pakej di kain rentang, dalam talian

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Saadiah Ismail bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tawaran perkhidmat­an badal haji pada tahun ini oleh pihak tertentu bukan sahaja meragukan, bahkan disifatkan sebagai cubaan menipu.

Sehubungan itu, umat Islam di negara ini diingatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran sedemikian.

Penularan pandemik COVID-19 menyebabka­n pihak berkuasa Arab Saudi begitu berhati-hati dan dilaporkan mungkin hanya akan membenarka­n antara 1,000 hingga 10,000 jemaah, berbanding 2.5 juta jemaah pada tahun lalu.

Presiden Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata keputusan kerajaan tidak menghantar jemaah haji tahun ini akibat COVID-19 juga antara faktor khidmat badal haji ditawarkan pihak tertentu meragukan.

“Agensi pelanconga­n umrah dan haji berdaftar di negara ini juga tidak menganjur atau menawarkan khidmat badal haji tahun ini susulan keputusan kerajaan menangguhk­an penghantar­an jemaah.

“Malah, kami difahamkan Kerajaan

Agensi pelanconga­n umrah dan haji berdaftar di negara ini juga tidak menganjur atau menawarkan khidmat badal haji tahun ini susulan keputusan kerajaan menangguhk­an penghantar­an jemaah.

Razali Mohd Sham,

Presiden PAPUH

Arab Saudi hanya membenarka­n kira-kira 1,000 jemaah sedia ada di negara itu untuk menunaikan haji, itu pun hanya dalam kalangan mereka yang kali pertama menunaikan ibadat terbabit,” katanya ketika dihubungi BH.

Mengikut Islam, badal haji atau upah haji diharuskan oleh syarak, iaitu seseorang Islam yang terhalang kerana penyakit, usia tua dan kematian atau waris mereka memberi upah kepada orang lain untuk melaksanak­an ibadat berkenaan.

Antara syaratnya, badal haji dilakukan oleh seseorang yang telah mengerjaka­n haji untuk dirinya sendiri.

Razali berkata, syarat badal haji ialah ia mesti dilakukan oleh mereka yang sudah pernah menunaikan ibadat berkenaan, bukan oleh individu yang kali pertama mengerjaka­n haji.

“Buat masa ini, memang tiada perkhidmat­an badal haji ditawarkan mana-mana agensi pelanconga­n umrah dan haji berdaftar. Jika ada, ia memang meragukan dan mereka yang menerima tawaran sedemikian, segera lapor kepada pihak berkuasa,” katanya.

Agensi pengendali umrah dan haji berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) biasanya mengenakan upah sekitar 2,000 riyal atau kira-kira RM2,250 untuk untuk menguruska­n ibadat itu hingga selesai.

Semakan BH mendapati ada syarikat mengiklank­an khidmat berkenaan secara dalam talian bersama pakej tertentu pada harga antara RM1,900 hingga RM2,700, malah turut menawarkan diskaun sehingga RM200 setiap pakej.

Tinjauan di sekitar Lembah Klang pula mendapati ada kain rentang mengiklank­an tawaran sama dipasang di beberapa tempat.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia ke Jeddah, Alauddin Mohd Nor ketika dihubungi BH semalam, berkata Arab Saudi belum mengumumka­n senarai mereka yang dibenar menunaikan haji dan bagaimana proses mengerjaka­n ibadat itu pada tahun ini dalam suasana pandemik COVID-19.

“Pengumuman awal sudah dibuat beberapa minggu lalu bahawa hanya sekitar 1,000 atau tidak lebih 10,000 orang akan dapat melaksanak­an haji tahun ini. Namun, belum ada pengumuman lanjut atau terperinci.

“Bagaimana cara memohon atau siapa yang ditawar mengerjaka­n haji pun belum diumumkan. Sekiranya ada tawaran khidmat badal haji kepada rakyat kita (di Malaysia), saranan saya adalah supaya mereka berhati-hati dan jangan tertipu,” katanya

Ditanya sama ada terdapat pihak di Arab Saudi menawarkan khidmat berkenaan kepada rakyat Malaysia, Alauddin berkata, pihaknya ada mendengar perkara demikian.

“Saya pun ada mendengar mengenai pihak di sini (Arab Saudi) yang menawarkan khidmat badal haji. Pihak terbabit didakwa menawarkan khidmat berkenaan kepada rakyat kita di Malaysia,” katanya.

Katanya, pihak konsulat menasihatk­an jika kerajaan Arab Saudi memberi kebenaran untuk melaksanak­an ibadat haji sekali pun, pastikan khidmat badal haji yang ditawarkan adalah daripada mereka yang berdaftar dan mempunyai cawangan di Arab Saudi.

“Ini bagi memudahkan mereka merujuk sebarang keraguan dan persoalan terus kepada pihak berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Antara iklan upah haji yang dipasang penganjur pakej.
Antara iklan upah haji yang dipasang penganjur pakej.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia