Berita Harian

Sumbangan Kay Kim gubal Rukun Negara terus dihargai

Idea jadi rujukan pelbagai pihak dalam bidang budaya, sejarah, kesusaster­aan

-

Kuala Lumpur: Peribahasa harimau mati meninggalk­an belang, manusia mati meninggalk­an nama cukup sesuai bagi menggambar­kan jasa dan sumbangan ditinggalk­an Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang masih belum ada galang ganti terutama kepakarann­ya dalam sejarah tanah air.

Selepas lebih setahun sejarawan itu meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru pada 28 Mei tahun lalu, buah fikiran dan pandangann­ya yang sering dijadikan rujukan banyak pihak termasuk media masih dirindui terutama menjelang Hari Kebangsaan ke-63 yang akan disambut 31 Ogos depan.

Malah sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara tahun ini juga sangat signifikan dengan Kay Kim, yang menjadi seorang daripada tokoh yang terbabit dalam penggubala­n Rukun Negara yang diisytihar­kan pada 31 Ogos 1970.

Dikenali sebagai seorang yang tegas, berprinsip serta adil dalam memberikan perspektif sejarah negara, mendiang juga dikenali dengan semangat luhur berjiwa Malaysia.

“Bapa saya sentiasa berbangga memperkena­lkan dirinya sebagai bangsa Malaysia,” kata anak sulung beliau, Eddin Khoo ketika berkongsi aspirasi bapanya mengenai Rukun Negara dan perpaduan.

Eddin, 51, juga individu yang tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia terutama mereka yang mengikuti perkembang­an budaya, sejarah dan kesusaster­aan.

Eddin adalah seorang penulis, aktivis kebudayaan dan penaung Pusaka, sebuah organisasi kebudayaan yang menjadi penyambung legasi bapanya terutama dari sudut pemikiran dan pandangan mengenai politik, sejarah dan budaya masyarakat Malaysia.

“Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, saya rapat dengan ayah. Ketika berusia antara lima hingga enam tahun, saya sering mengikut ayah ke sesi penerangan di sekolah-sekolah di banyak tempat di dalam negara.

“Secara tidak langsung ayah memperkena­lkan saya kepada Rukun Negara dan sejarah di tempat-tempat kami pergi.

“Malah ia mencambahk­an minat saya pada bahasa Melayu yang mana bapa saya sangat fasih dalam bahasa itu,” katanya.

Kongsi Eddin, dia dan adik beradiknya dididik untuk menjaga adab sopan dan menghormat­i orang lain selain berfikiran terbuka tanpa melihat perbezaan antara manusia misalnya kaum, agama sebaliknya menerima kepelbagai­an yang ada.

“Kami tidak dididik dengan semangat perkauman atau prejudis. Bapa saya lahir dalam keluarga Cina peranakan di Kampar, Perak. Ibu saya (Puan Sri Rathi Khoo) orang Tamil manakala saya diasuh oleh seorang makcik Melayu dari Rembau yang tinggal dalam rumah bersama kami.

“Pengalaman ini sangat luar biasa kerana setiap masyarakat kaum terbesar di Malaysia ada di rumah saya dengan mengamalka­n budaya dan agama yang berbeza yang dibentuk sangat harmoni.

“Persekitar­an yang harmoni begitu membuatkan saya tidak bersedia meninggalk­an rumah kerana saya tahu, di luar sana keadaan sangat berbeza,” katanya kepada BERNAMA sempena sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bersempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Hari Kebangsaan 2020, yang dijadual 9 Julai depan.

Kunci utama penggubala­n Rukun Negara hasil perundinga­n Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan selepas tercetusny­a peristiwa 13 Mei 1969 adalah untuk memperkuku­h dan mengembali­kan perpaduan kaum bagi kehidupan bernegara yang aman dan harmoni.

Berkongsi pengalaman ketika mewawancar­a bapanya dalam satu program yang membincang­kan mengenai Rukun Negara, Eddin berkata bapanya sangat terbuka dalam menerima pandangan banyak pihak.

“Perbahasan ketika itu agak hangat kerana ia berkisar mengenai prinsip pertama Rukun Negara, Kepercayaa­n Kepada Tuhan. Apa dirumuskan dalam perbincang­an itu, kebanyakan orang ramai mempunyai agama dan kepercayaa­n kepada Tuhan.

“Namun dalam perdebatan itu ayah saya tidak meminggirk­an mereka yang tidak mempercaya­i tuhan seperti golongan ateis. Inilah semangat dan daya pemikiran untuk mengangkat perbicaraa­n sedalam-dalamnya,” katanya.

Eddin berkata, melalui pengalaman dan pemerhatia­nnya selama hampir 30 tahun terbabit dalam program kebudayaan di peringkat akar umbi, Rukun Negara yang menjadi panduan setiap warga Malaysia sudah bersemarak agak lama.

“Namun, penghayata­nnya masih kurang untuk masyarakat kita benar-benar memahami apa yang terkandung dalam Rukun Negara,” katanya.

Sebagai aktivis kebudayaan yang menjelajah ke seluruh negara, beliau yang banyak mengkaji kebudayaan Melayu terutama kesenian tradisi Kelantan, berharap usaha perlu diteruskan untuk meneroka idea baharu bagi menyuburka­n semangat Rukun Negara terutama dalam kalangan generasi muda.

“Walaupun (ayah) tidak mengajar lagi di universiti selepas bersara wajib pada 1992, pejabat ayah di Universiti Malaya sering dikunjungi pelajar dan anak muda yang inginkan pengetahua­n.

“Saya tersentuh, lima tahun sebelum ayah meninggal dunia, beliau meninggalk­an banyak pesan kepada anak muda. Ini satu kejayaan, saya fikir,” katanya, berpendapa­t bahawa masyarakat yang sering berbincang dan kadang kala berselisih faham adalah masyarakat yang matang.

BERNAMA

Rukun Negara yang menjadi panduan setiap warga Malaysia sudah bersemarak agak lama. Namun, penghayata­nnya masih kurang untuk masyarakat kita benar-benar memahami apa yang terkandung dalam Rukun Negara.

Eddin Khoo

 ??  ?? Khoo Kay Kim
Khoo Kay Kim
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia