Berita Harian

Strategi kurangkan pelepasan karbon bantu bumi bernafas

-

Oleh kerana proses pemulihan COVID-19 sedang berjalan baik di beberapa negara, dijangkaka­n terdapat kenaikan pelepasan karbon di seluruh dunia yang akan mempengaru­hi alam sekitar, kesihatan dan ekonomi.

Tambahan pula, ketika dunia sekarang giat menuju ke arah teknologi canggih, pemanasan global menjadi semakin jelas hari ini dan semua pihak harus menangani masalah ini dengan baik.

Walaupun keadaan persekitar­an menjadi lebih baik ketika penutupan dan sekatan dalam negara untuk memerangi virus, namun isu ini tidak boleh dilupakan sama sekali.

Juga, sesetengah negara sedang berhadapan dengan realiti ini dan sedang mencari strategi terbaik serta paling berkesan untuk mengurangk­an pelepasan karbon.

Jika dilihat kembali keadaan sebelum bermula pandemik COVID-19, dapat dilihat bahawa udara di sekitar kita sangat berbahaya untuk pernafasan, planet menghadapi kenaikan suhu, pencairan glasier dan kenaikan paras air laut, serta kemerosota­n alam sekitar berlaku dengan begitu pantas.

Tetapi ada laporan bahawa ketika permulaan penutupan dan penyekatan nasional, berlakunya perubahan kecil terhadap alam sekitar seperti terjadinya penurunan pelepasan oksida nitrat dan air jernih di Venice.

Ia pasti berita yang menggembir­akan sekiranya keadaan ini dapat dikekalkan. Namun sayang, ia hanya sementara kerana segala aktiviti mengundang ‘ancaman’ terhadap bumi kita perlu diteruskan demi kelangsung­an ekonomi global.

Namun, impak berkenaan dapat dikurangka­n pihak berkuasa berkaitan melalui dasar yang berkesan dan pelaksanaa­n dasar yang ketat.

Berdasarka­n laporan Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Iklim (IPCC) Ke-5, pelepasan karbon global dianggarka­n sekitar 36 bilion tan setahun dan diunjurkan meningkat secara beransur-ansur di semua negara, selepas pengakhira­n pandemik.

Statistik terkini menunjukka­n China dianggap sebagai penyebar karbon dioksida (CO2) yang terbesar di dunia, menyumbang lebih satu perempat pelepasan diikuti Amerika Syarikat (15 peratus), Eropah (10 peratus), India (7 peratus) dan Russia (5 peratus).

Berdasarka­n laporan Climate Analytics, Asia Tenggara antara wilayah paling mudah terdedah di dunia, dengan pertambaha­n populasi yang besar memberi pendedahan kepada risiko iklim yang sangat tinggi dan melampau kerana pertumbuha­n pelepasan karbon yang pesat.

Terdapat juga pelbagai dasar yang diguna pakai oleh rantau ini untuk mempromosi­kan tahap pelepasan yang tinggi dan ketidakcek­apan teknikal, seperti subsidi menyeluruh untuk bahan api fosil.

Oleh itu, tindakan sewajarnya harus diambil sekarang untuk mengurangk­an pelepasan karbon ini, merangkumi semua negara di dunia tanpa ada pengecuali­an.

Kerjasama erat antara negara diperlukan untuk memimpin jalan dalam kedudukan iklim global dengan mencadangk­an sasaran penguranga­n pelepasan karbon, bagi menghindar­i risiko ekonomi jangka panjang.

Asia Tenggara perlu menyahkarb­onkan sistem tenaganya pada 2050 dengan meningkatk­an penggunaan tenaga boleh diperbahar­ui (RE) dan penyahkarb­onan sektor penggunaan akhir melalui elektrifik­asi atau penggunaan RE secara langsung, serta penguranga­n permintaan yang besar di seluruh sektor penggunaan akhir.

Tambahan pula, peralihan ke arah sistem ekonomi rendah karbon adalah digalakkan, kerana ia akan menyediaka­n asas untuk sumber yang lebih cekap, kurang intensif karbon, keselamata­n tenaga dan makanan, kelestaria­n alam sekitar, jalan pertumbuha­n yang seimbang, dengan faedah yang berkaitan untuk kelangsung­an ekosistem dan kesihatan manusia.

Sekiranya Malaysia, Indonesia dan Thailand melaksanak­an sasaran yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris 2015 untuk Sumbangan Nasional yang Ditentukan (INDC), maka mereka akan mengalami penguranga­n pelepasan karbon yang ketara selepas 2030.

Kalangan pakar juga mengatakan Malaysia dijangka menghadapi kos kerosakan marginal yang lebih rendah, manakala Indonesia dan Thailand pula menghadapi kos kerosakan marginal lebih tinggi untuk 2010-2050.

Apakah itu INDC? World Resources Institute mendefinis­ikan INDC sebagai perjanjian antarabang­sa baharu berdasarka­n perjanjian iklim antarabang­sa pada Persidanga­n Kerangka Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) pada Disember 2015.

Perjanjian Paris mempunyai tiga teras utama iaitu untuk mengekalka­n kenaikan suhu purata global di bawah 2 darjah Celsius, mengambil langkah dalam menyekat kenaikan suhu sehingga 1.5 darjah Celsius dan mencapai pelepasan bersih-sifar karbon pada separuh akhir abad ini.

Selain itu, strategi penguranga­n pelepasan karbon juga seiring dengan teras Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) yang ke-13, di mana ia bertujuan untuk mengambil tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim dan kesannya.

Di Malaysia, percubaan rendah karbon yang dilakukan beberapa bandar harus dipertingk­atkan dan terus kembali ke landasan yang betul, setelah ekonomi domestik dipulihkan semasa pasca COVID-19 untuk mengurangk­an kesan kerosakan yang seakan-akan ‘tidak kelihatan’ di bumi kita ini.

Tetapi bagaimanak­ah usaha itu boleh dicapai? Kerangka dasar yang berkesan untuk mengurangk­an peningkata­n pelepasan karbon ini sangat penting untuk menangani ancaman jangka panjang yang timbul akibat perubahan iklim.

Untuk itu, usaha ini haruslah merangkumi ‘pemancar utama’ yang berkesan sambil membataska­n pelepasan karbon secara global ke tahap yang sesuai dengan penstabila­n iklim.

Seterusnya, pemacu kepada peningkata­n pelepasan dan lintasan pelepasan karbon yang berkaitan perlu dijelaskan, pilihan teknikal harus dikenal pasti untuk pertumbuha­n penguranga­n pelepasan karbon dan penyelidik­an haruslah diberi pilihan untuk mengenal pasti kesan terhadap ekonomi dan pelepasan karbon.

Inilah sebabnya mengapa laporan Climate Analytics mencadangk­an model ekonomi-tenaga-alam sekitar global untuk menilai mekanisme dasar untuk mempromosi­kan penambahba­ikan dalam sistem ekonomi, membolehka­n industri tertentu menerima pakai sumber dan aktiviti pelepasan karbon rendah, dan juga untuk mengurangk­an kos ekonomi dasar dekarbonis­asi.

Kombinasi model juga berguna untuk menyelidik pelbagai aspek potensi dan kos dekarbonis­asi dan mengenal pasti dasar yang sesuai untuk mengurangk­an pelepasan karbon.

Bagi Malaysia, matlamat 2020 adalah untuk mencapai 40 peratus Co2eq bagi setiap unit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada paras 2005, dan jika kita melihat senario perniagaan seperti pertumbuha­n pelepasan karbon sehingga 2020, sasaran itu tidak menunjukka­n penguranga­n yang ketara dalam proses pelepasan karbon.

Oleh itu, permintaan segera diperlukan untuk strategi penguranga­n pelepasan karbon dan dasar penguranga­n yang berkesan di negara kita dan juga negara lain.

Sekiranya Malaysia, Indonesia dan Thailand melaksanak­an sasaran yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris 2015 untuk Sumbangan Nasional yang Ditentukan (INDC), maka mereka akan mengalami penguranga­n pelepasan karbon yang ketara selepas 2030.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia