Berita Harian

Tingkatan 6 Semester Satu, Tingkatan 4 sekolah berasrama Kementeria­n Pendidikan mulakan sesi persekolah­an 15 Julai

-

Putrajaya: Pelajar Tingkatan Empat dan Enam semester satu di sekolah berasrama boleh kembali sekolah mulai 15 Julai ini.

Pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga di sekolah berasrama pula akan memulakan persekolah­an pada 3 Ogos ini, iaitu selepas cuti umum Aidiladha.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, berkata keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan Empat dan Enam sebagai persediaan awal sebelum menduduki peperiksaa­n awam tahun depan.

Bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga, katanya, mereka masih perlu belajar di rumah hingga cuti Aidiladha.

“Keputusan ini terpakai kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama

Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Seni Malaysia (SSEM),” katanya semalam.

Sebelum ini, kementeria­n mengumumka­n persekolah­an bagi pelajar Tingkatan Satu hingga empat dan kelas peralihan, bermula pada Rabu depan berperingk­at.

Habibah berkata, pihaknya berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan

yang sebelum ini mencadangk­an hanya seorang penghuni asrama menggunaka­n katil di bawah, biarpun asrama mempunyai katil dua tingkat.

Katanya, ada beberapa penambahba­ikan dibuat ke atas tatacara pengurusan asrama yang diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bilangan 60 2020 pada 9 Julai 2020.

“Antara yang boleh dilakukan ialah meletakkan penghadang supaya boleh mengasingk­an pelajar katil atas dengan katil bawah atau katil bersebelah­an.

“Selain itu, pengurusan asrama boleh menempatka­n semula katil ke tempat lain seperti bilik bacaan, bilik pertemuan ibu bapa bagi membolehka­n semua pelajar kembali ke asrama pada 3 Ogos nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia