Berita Harian

‘Patuhi SOP, elak wujud kluster sekolah’

-

Kota Kinabalu: Pembukaan semula sesi persekolah­an secara berperingk­at mulai 15 Julai ini dilihat sebagai satu lagi ujian besar perlu dihadapi Kementeria­n Kesihatan (KKM), dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berharap semua pihak berperanan secara proaktif bagi mengelak terbentuk kluster sekolah membabitka­n jangkitan COVID-19.

“Kita tidak mahu ada kluster sekolah, maka pematuhan kepada apa yang digariskan dalam kebiasaan baharu ini perlu dititikber­atkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) di sini, semalam.

Dr Adham berkata, pihak berkenaan perlu melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamata­n pelajar, guru dan mereka berkenaan terjamin.

Pada majlis berasingan di Labuan, melaporkan, kuarters kakitangan penjagaan kesihatan Labuan berharga RM27.51 juta akan mula dibina tahun ini dan dijadual siap pada 2023.

Projek di kawasan berkeluasa­n 3.24 hektar di Membedai, Jalan Tanjung Teras, terletak dalam pekarangan kuarters Jabatan Kesihatan Labuan, akan menyediaka­n persekitar­an kediaman yang lebih kondusif bagi pekerja penjagaan kesihatan.

Dr Adham berkata, kerajaan prihatin terhadap keperluan barisan hadapan untuk mempunyai kediaman berhampira­n tempat kerja mereka.

Projek itu merangkumi empat unit rumah berkembar kelas D, satu blok pangsapuri lima tingkat dengan 18 unit (Blok F) dan satu blok pangsapuri lima tingkat dengan 16 unit (Blok G).

“Kementeria­n menyedari peranan Jabatan Kesihatan Labuan menangani masalah kesihatan dan pegawainya yang komited memberikan perkhidmat­an penjagaan kesihatan lebih baik kepada orang ramai,” katanya pada majlis pecah tanah projek itu di Membedai, semalam.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Adham merasmikan majlis pecah tanah Projek Kuarters Kakitangan Kesihatan di Membidai, Labuan, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Adham merasmikan majlis pecah tanah Projek Kuarters Kakitangan Kesihatan di Membidai, Labuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia