Berita Harian

Najib, Rosmah dibenar periksa selepas 21 Julai

Aset didakwa ada kaitan dengan skandal dana 1MDB

-

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dibenar memeriksa barangan yang disita polis di premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, didakwa ada kaitan dengan skandal dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), dari 21 Julai.

Tanpa menetapkan tarikh, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarka­n permohonan pihak pendakwaan untuk memeriksa barangan itu selepas 21 Julai iaitu dua hari sebelum hari jadi Najib.

Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin yang mengesahka­n perkara itu berkata, kini terserah kepada peguam yang mewakili kedua-dua pihak, polis dan Bank Negara Malaysia untuk menetapkan tarikh bagi pasangan itu memeriksa barangan berharga berkenaan kecuali barang kemas.

“Pemeriksaa­n ke atas barang

Barangan disita polis

kemas itu akan dijalankan sebaik tukang emas warga Lubnan daripada Global Royalty Trading SA tiba.

“Tetapi, kami tidak dapat sahkan bila tukang emas itu akan datang sebab sempadan negara kita ditutup ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas prosiding, semalam.

Pada 11 Mac, Rosmah mendapat kebenaran untuk melakukan pemeriksaa­n fizikal ke atas aset itu yang disita polis didakwa ada kaitan dengan skandal dana 1MDB, bagaimanap­un beliau belum memeriksa barangan itu disebabkan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 10 Jun, mahkamah membenarka­n permohonan Najib untuk memeriksa barangan disita polis termasuk jam tangan, beg dan cermin mata hitam selepas mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Faten Hadni.

Pihak pendakwaan memfailkan permohonan untuk melucut hak aset yang disita di premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd.

Najib dan Rosmah adalah pihak ketiga dalam permohonan

Pemeriksaa­n ke atas barang kemas itu akan dijalankan sebaik tukang emas warga Lubnan daripada Global Royalty Trading SA tiba.

Faten Hadni Khairuddin, Timbalan Pendakwa Raya

lucut hak itu.

Sitaan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ?? didakwa ada kaitan skandal 1MDB.
(Foto hiasan) didakwa ada kaitan skandal 1MDB.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia