Berita Harian

WANITA PERTAHAN DIRI

-

Soal jenayah dan kekerasan terhadap wanita boleh dikatakan isu lapuk namun, tidak pernah selesai. Di sana sini ada saja kedengaran kes jenayah seperti merompak, mencabul dan mendera kaum hawa yang disifatkan lemah. 5 panduan keselamata­n ketika di tempat awam

1

Sentiasa berwaspada dan memerhati keadaan sekeliling 2

Elakkan daripada menaiki lif dengan orang yang mencurigak­an 3 Elakkan daripada terlalu mendedahka­n di mana lokasi anda berada di laman sosial 4

Sentiasa memastikan wang tunai dan barangan berharga tidak terdedah dan disimpan dengan selamat 5

Elakkan berjalan seorang diri terutama di kawasan yang sunyi dan jauh daripada pandangan orang ramai Panduan mengelak daripada sasaran penjenayah

• Elakkan berpakaian terlalu seksi dan terdedah sehingga menarik perhatian • Sentiasa memerhati keadaan persekitar­an sebelum keluar masuk kenderaan atau rumah

• Jangan tinggalkan barangan berharga seperti telefon bimbit, beg tangan atau komputer riba di dalam kenderaan secara terdedah

• Apabila memasuki kenderaan, pastikan anda mengunci kenderaan dan terus beredar

• Elakkan berada di tempat awam yang sunyi secara berseorang­an Panduan keselamata­n pencegahan jenayah ragut atau samun

• Gunakan jalan yang sering dilalui oleh orang ramai

• Elakkan daripada keluar seorang diri pada waktu malam

• Sentiasa memastikan keadaan sekeliling selamat walau di mana berada

• Elakkan daripada memakai barangan kemas secara berlebihan dan boleh menarik perhatian orang ramai • Sentiasa pastikan membawa peralatan seperti `pepper spray’, payung atau pewangi badan untuk dijadikan alat pertahanka­n diri sekiranya anda diserang penjenayah Panduan mengelak daripada sasaran perogol atau penjenayah

• Sentiasa berpakaian lengkap dan elakkan daripada berpakaian seksi • Jangan berjalan seorang diri di tempat sunyi dan jauh daripada pandangan orang ramai

• Sentiasa peka dan perhatikan keadaan sekeliling

• Sekiranya rasa diri diekori orang tidak dikenali dan mencurigak­an, terus laporkan kepada pihak berkuasa Panduan elakkan jadi mangsa ragut

• Merancang perjalanan dan elakkan diri daripada melalui kawasan sunyi atau gelap

• Berwaspada dan berhati-hati apabila diekori atau dihampiri orang yang tidak dikenali dan mencurigak­an • Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak

• Elakkan daripada membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan ia diragut • Membawa bersama peralatan perlindung­an diri seperti `pepper spray’ atau payung

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia