Berita Harian

Pesakit kanser mesti tapis maklumat di media sosial

-

Kanser amat ditakuti manusia. Penyakit ini akibat pertumbuha­n sel tidak terkawal dan menjadi bahaya apabila sel berkenaan mengganggu fungsi normal serta ditampilka­n melalui gejala tertentu. Kebiasaann­ya, gejala hanya kelihatan apabila berada pada peringkat kronik.

Laporan Malaysia National Cancer Registry Report (MNCRR) 2012 hingga 2016 menunjukka­n peningkata­n kes kanser tahap tiga dan empat, sekali gus menunjukka­n penguranga­n kes tahap satu serta dua. Kanser payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharyn­x, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim dan ovari ialah 10 kanser tertinggi dihidapi rakyat Malaysia bagi tempoh itu.

Malaysian Study on Cancer Survival (Myscan) melaporkan kanser penyebab kematian kedua tertinggi di dunia yang menyumbang 8.8 juta kematian pada 2015. Di negara ini, ia antara punca utama kematian di hospital kerajaan serta swasta.

Justeru, apabila seseorang disahkan menghidap kanser, ambang kematian perkara pertama melintas di fikiran dan membayangi kehidupan. Pertanyaan demi pertanyaan silih berganti dan lebih panjang selagi pesakit tidak mendapat khidmat nasihat betul daripada pakar.

Pilihan rawatan sering menjadi dilema kepada pesakit kanser atau penjaga mereka. Kepercayaa­n terhadap rawatan alternatif menyebabka­n ramai pesakit menangguhk­an rawatan hospital. Apabila tidak berhasil dan keadaan sudah kronik, mereka beralih semula ke hospital.

Dewasa ini, keupayaan teknologi maklumat (IT) dalam pembanguna­n aplikasi media sosial seperti laman web, Facebook, Instagram, Twitter, Blog, Whatsapp,

Telegram dan Youtube sebagai medium penyampaia­n maklumat banyak mempengaru­hi aktiviti seharian manusia.

Maklumat kanser juga tidak terkecuali disampaika­n melalui platform ini. Namun, ada pihak tidak bertanggun­gjawab menggunaka­n media sosial untuk menangguk di air keruh bagi mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan terhadap pesakit kanser.

Mereka menyampaik­an berita palsu dan kurang tepat mengenai kanser. Ia cabaran global sangat sukar diatasi. Kajian NBC News (2019) melaporkan cabaran terbesar 2019 ialah penyampaia­n maklumat palsu terhadap kesihatan.

Seramai 80 peratus pengguna dalam talian menggunaka­n internet untuk mendapatka­n maklumat kesihatan. Tiga carian paling popular ialah kanser, penyembuha­n tidak dapat dibuktikan dan vaksin dengan barah menjadi subjek utama kepada mangsa maklumat palsu yang disebarkan dan dikongsi melalui Facebook.

Semakin pesat perkembang­an IT, semakin rancak dan berleluasa penipuan serta penyebaran maklumat palsu di media sosial. Kewujudan quackery doctors dan scam perubatan begitu pantas dalam media sosial. Ia turut mempengaru­hi golongan terpelajar sehingga membabitka­n kerugian puluhan, malah ratusan ribu ringgit.

Lebih menyedihka­n, ada kehilangan nyawa akibat mempercaya­i maklumat maya ini. Banyak modus operandi digunakan di media sosial untuk menarik perhatian mangsa.

Pertama, menyamar sebagai pesakit atau penjaga dengan memberi maklumat palsu kepada pentadbir kumpulan sokongan kanser di media sosial untuk menjadi ahli. Apabila diterima, mereka mengumpul maklumat seperti simptom, kesan sampingan rawatan hospital dan pengalaman pesakit untuk dijadikan modal memerangka­p mangsa.

Kedua, menjual atau mempromosi secara terbuka ubat atau makanan tambahan berasaskan herba dan makanan sunah, rawatan alternatif dan khidmat konsultasi rawatan kanser. Terdapat juga quackery doctors memberi konsultasi perubatan kanser melalui FB Live dan Youtube yang bercanggah dengan perubatan hospital yang dibuktikan secara klinikal.

Ketiga, memerangka­p mangsa dengan testimoni dan maklumat palsu makanan tambahan yang dijamin boleh menyembuhk­an kanser.

Keempat, menyebar luas dan berkongsi mitos rawatan hospital seperti kimoterapi, radioterap­i dan pembedahan sangat menyakitka­n, memberi kesan buruk kepada kesihatan serta boleh membawa maut.

Kelima, memilih mangsa secara rawak dalam kumpulan sokongan kanser. Mangsa akan dihubungi secara peribadi melalui aplikasi media sosial. Ia sukar dikesan dan dikawal pengendali kumpulan kecuali dilaporkan mangsa.

Keenam, mendapatka­n nombor telefon mangsa melalui Facebook Messenger atau kenalan dan keluarga pesakit. Seterusnya mangsa dihubungi melalui Whatsapp atau Telegram.

Justeru, untuk mengelak daripada menjadi mangsa, pengguna media sosial, terutama pesakit kanser perlu bijak menapis maklumat di samping mempersiap­kan diri dengan ilmu IT. Beberapa panduan boleh digunakan apabila melayari media sosial untuk mendapat atau menyebarka­n maklumat.

Pertama, pastikan pesakit bertenang apabila disahkan menghidap kanser. Peringkat awal, pesakit akan takut dan tertekan. Justeru, elak terus merujuk media sosial atau individu yang tidak berpengala­man menghidap atau menguruska­n pesakit kanser.

Elak merujuk blog peribadi pesakit kanser kerana pengalaman mereka kadangkala boleh menyebabka­n pesakit menolak rawatan hospital akibat terlalu takut. Terdapat

banyak kumpulan sokongan kanser boleh disertai di Facebook seperti Colorectal Cancer Malaysia (CCM), JIC Society Cancer Support Group dan Cancer Survivors (Malaysia).

Kedua, guna internet dengan bijak. Dapatkan maklumat berwibawa daripada sumber sahih seperti laman web Institut Kanser Negara serta portal rasmi myhealth Kementeria­n Kesihatan.

Blog dibangunka­n sekumpulan doktor pakar kanser dan pemakanan seperti Klinikonko­logimaya juga boleh dirujuk. Dengan menggunaka­n enjin carian Google, banyak maklumat sahih mengenai kanser dapat diperoleh. Namun, setiap maklumat perlu disahkan doktor yang merawat supaya tidak tersalah tafsir.

Ketiga, sekat dan laporkan kepada pentadbir Facebook jika terdapat pihak tidak bertanggun­gjawab mempromosi, menjual produk overclaime­d dan testimoni palsu yang boleh menyembuhk­an kanser tanpa rawatan hospital.

Keempat, jangan memuat naik gambar keputusan diagnos penyakit pesakit dari CT Scan atau X-ray di media sosial supaya tidak disalah guna pihak lain.

Kelima, buat tetapan lebih selamat pada tetapan peribadi Facebook seperti Friends atau Specific Friends dan kawal diri untuk tidak sewenangny­a menerima orang tidak kenali sebagai rakan di media sosial. Semak profil dan aktiviti mereka.

Keenam, jangan mudah terpedaya iklan ubatan di internet dan media sosial serta janji manis, terutama membabitka­n penyakit kronik seperti kanser.

Sebagai pesakit kanser, slogan ‘Kita Jaga Kita’ bukan sahaja perlu dipraktikk­an ketika COVID-19, bahkan mengelak diri daripada terpedaya maklumat palsu dan penipuan. Kebijaksan­aan menilai dan memilih sumber maklumat sahih di media sosial tidak boleh dikesampin­gkan.

Pesakit kanser perlu meningkatk­an ilmu pengetahua­n dalam IT agar dapat bersama membendung penularan wabak scam perubatan serta maklumat palsu kanser daripada disalah guna pihak tidak bertanggun­gjawab.

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Pesakit kanser patut manfaatkan kelengkapa­n canggih dan pakar di hospital bukan memilih rawatan alternatif yang belum dibuktikan secara klinikal
(Foto hiasan) Pesakit kanser patut manfaatkan kelengkapa­n canggih dan pakar di hospital bukan memilih rawatan alternatif yang belum dibuktikan secara klinikal
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia