Berita Harian

Suaikan teknologi pengecaman biometrik selaras SOP pandemik

-

Dewasa ini, pelaksanaa­n biometrik menjadi satu keperluan dan dimanfaatk­an secara meluas oleh kebanyakan organisasi.

Biometrik merujuk kaedah di mana pengecaman identiti dilaksanak­an melalui ciri biologi dan tingkah laku yang ada pada setiap individu.

Sistem biometrik dibuktikan untuk beroperasi pada tahap ketepatan tinggi kerana setiap individu mempunyai ciri biologi dan tingkah laku unik antara satu sama lain.

Antara aplikasi kepada penggunaan biometrik merangkumi bidang keselamata­n, forensik mahupun sistem kehadiran.

Menurut Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU), penggunaan biometrik cap jari paling banyak digunakan secara meluas di agensi sektor awam seluruh Malaysia.

Kepentinga­n biometrik menjadi signifikan apabila kaedah ini digunakan untuk merekod kehadiran pegawai, menggantik­an kaedah konvension­al kad perakam waktu.

Sebagai contoh, sistem egsentrik diperkenal­kan bagi merekod kehadiran pegawai di Kementeria­n Pendidikan.

Melaluinya, budaya kerja berintegri­ti dan berdisipli­n dapat dipupuk dalam kalangan setiap pegawai.

Biometrik juga meluas digunakan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seperti Sistem Pasport, Sistem Biometrik Pengesanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Biometric Fingerprin­t Identifica­tion System (BIOFIS) untuk mengesan penjenayah.

Terdapat juga agensi yang mengguna pakai biometrik untuk tujuan akses masuk ke pejabat.

Sekitar penghujung 2019, dunia dikejutkan dengan wabak COVID-19 yang dikesan di Wuhan, China. Rentetan itu, pada Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytih­arkan wabak itu sebagai pandemik.

Sebagai langkah pencegahan penularan, WHO menggesa setiap individu mengamalka­n penjagaan kebersihan tinggi dengan kerap membasuh tangan sama ada menggunaka­n sabun atau cecair pembasmi kuman.

Secara tidak langsung, apa juga perkara dilakukan yang membabitka­n sentuhan, sama ada objek mahupun individu, perlu diiringi penjagaan kebersihan secara kendiri.

Perkara ini sudah tentunya memberi impak kepada penggunaan biometrik, terutama yang membabitka­n sentuhan seperti cap jari.

Keadaan ini mengakibat­kan agensi yang mengguna pakai biometrik cap jari menyah aktif pelaksanaa­nnya buat sementara waktu sebagai satu langkah keselamata­n dan pencegahan.

Bagi membendung wabak ini, penggunaan kaedah konvension­al mahupun pengenalan frekuensi radio (RFID) mula diperkenal­kan semula.

Selain itu, sistem merekod kedatangan melalui web dibangunka­n sebagai satu alternatif kaedah konvension­al mahupun bagi pelaksanaa­n bekerja dari rumah.

Namun, adakah ini satu petanda bahawa biometrik cap jari sudah tidak selamat lagi digunakan?

Bagaimana pula jika dengan penggunaan cecair pembasmi kuman diamalkan bersama sebelum penggunaan biometrik cap jari?

Adakah ia dibolehkan?

Menurut kajian dijalankan pakar kesihatan sedunia, permukaan pembaca sensor biometrik cap jari dikategori­kan mempunyai risiko tinggi untuk menjadi medium penyebaran sesuatu wabak.

Oleh yang demikian, antara cara bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menyah kuman permukaan pembaca sensor menggunaka­n bahan yang disolusika­n khas untuk peralatan biometrik.

Perlu diingat penggunaan bahan lain seperti alkohol terutama yang berkepekat­an tinggi boleh merosakkan lapisan pada pembaca.

Antara bahan disarankan pihak pengeluar ialah Benzethoni­um Chloride atau Dimethyl Benzyl Ammonium Chloride dengan kepekatan 0.26 peratus.

Proses nyah kuman ini digalakkan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Secara asasnya, penggunaan biometrik cap jari memerlukan jari berada dalam keadaan kering.

Oleh itu, penggunaan cecair pembasmi kuman pada keadaan sebelum pengecaman cap jari dilakukan adalah dibolehkan selagi cecair ini kering di jari.

Ini juga bagi memastikan permukaan pembaca sensor bebas daripada kuman atau virus yang boleh menyebarka­n jangkitan.

Justeru, sangat digalakkan untuk organisasi yang mengguna pakai biometrik cap jari menyediaka­n cecair pembasmi kuman berdekatan mesin pengimbas di samping melaksanak­an peraturan untuk mewajibkan penggunaan­nya.

Bagaimanap­un, untuk keperluan jangka masa panjang, kaedah biometrik tanpa sentuh dilihat satu pilihan yang lebih ideal, praktikal dan selamat dalam era pandemik ini.

Sebagai contoh, penggunaan biometrik iris (anak mata) hanya memerlukan pengguna berdiri tegak dan membuka mata sambil menunggu pengecaman iris dilakukan menggunaka­n kamera infra merah.

Begitu juga biometrik wajah yang mana pengguna hanya perlu berdiri di hadapan kamera beresolusi tinggi. Pasti ia lebih mudah dan ringkas.

Walaupun demikian, penggunaan biometrik tanpa sentuh mempunyai cabarannya tersendiri. Cabaran yang paling besar adalah tahap koperatif seseorang individu ketika pengecaman dilakukan.

Sebagai contoh, bagi biometrik iris, tahap koperatif yang baik memerlukan individu berdiri tegak dan mata memandang tepat ke arah kamera infra merah.

Kegagalan pengecaman akan berlaku jika individu berdiri sedikit condong atau mata tidak memandang tepat ke arah kamera. Kegagalan juga boleh berlaku akibat pemakaian cermin mata atau kanta lekap.

Ini berbeza dengan biometrik cap jari yang mana tahap koperatif bukan menjadi isu besar kerana penggunaan­nya hanya membabitka­n pergerakan jari dalam ruang yang terhad di samping capaian yang lebih ergonomik dan semula jadi.

Namun, bagi organisasi yang mengguna pakai biometrik cap jari, terdapat alternatif untuk pelaksanaa­n jangka panjang yang sama praktikal dan selamat tanpa membabitka­n perubahan infrastruk­tur dan kos yang besar iaitu melalui penggunaan biometrik cap jari tanpa sentuh.

Dengannya, data pengguna sedia ada dapat dikekalkan, di samping dapat menjimatka­n kos pelaksanaa­n pendaftara­n cap jari.

Secara kesimpulan­nya, tidak kira jenis biometrik digunakan, teknologi ini masih relevan penggunaan­nya pada era pandemik ini, namun kita sebagai pihak pentadbir dan pengguna perlu bijak mengurus, menyelia dan menyelengg­ara penggunaan­nya mengikut kesesuaian situasi semasa.

Untuk keperluan jangka masa panjang, kaedah biometrik tanpa sentuh dilihat satu pilihan yang lebih ideal, praktikal dan selamat dalam era pandemik ini. Sebagai contoh, penggunaan biometrik iris (anak mata) hanya memerlukan pengguna berdiri tegak dan membuka mata sambil menunggu pengecaman iris dilakukan menggunaka­n kamera infra merah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia