Berita Harian

Guru, pelajar tak diwajibkan pakai pelitup muka di sekolah

Hanya sedia sabun atau cecair pembasmi kuman, lakukan saringan suhu

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Pemakaian pelitup hidung dan mulut tidak diwajibkan bagi mereka yang berada di sekolah.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengurusan sekolah hanya perlu menyediaka­n pelitup muka jika ada pelajar atau kakitangan yang menunjukka­n gejala, ketika sesi persekolah­an.

Selaras dengan Garis Panduan Kementeria­n Pendidikan (KPM), katanya, sekolah hanya perlu memastikan penyediaan sabun atau cecair pembasmi kuman serta melakukan saringan gejala dan suhu badan.

“Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan dan pihak sekolah hanya perlu menyediaka­n pelitup muka sekiranya ada pelajar atau kakitangan sekolah menunjukka­n gejala ketika sesi persekolah­an.

“Garis Panduan KPM boleh dimuat turun daripada laman web https://www.moe.gov.my/ en/pemberitah­uan/announceme­nt/gp-buka-sekolah untuk maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, hanya seorang daripada 594 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara kelmarin, dibawa ke hospital untuk rawatan, selepas menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19.

Beliau berkata, 593 yang lain diarah menjalani proses kuarantin di rumah.

“Semalam (kelmarin), seramai 594 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dari Singapura, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Kemboja dan Jepun.

“Dari 10 Jun sehingga 16 Julai, Kementeria­n Kesihatan membuat saringan terhadap 19,372 individu di pintu masuk KLIA dan klia2.

“Seramai 19,298 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing, manakala 74 individu lagi didapati positif dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 48 individu ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, lima daripada mereka ditahan reman, manakala 43 yang lain dikenakan tindakan kompaun.

“Semua 48 individu ditahan kerana terbabit dalam aktiviti dengan membabitka­n kehadiran orang ramai yang menyukarka­n penjarakan sosial.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 62,733 pemeriksaa­n bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,701 Pasukan Pematuhan

yang membabitka­n seramai 12,284 anggota membuat pemantauan di 3,939 pasar raya; 5,491 restoran serta 1,720 penjaja, 1,123 kilang; 3,579 bank dan 878 pejabat kerajaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 1,121 terminal pengangkut­an darat, 229 terminal pengangkut­an air serta 89 terminal pengangkut­an udara turut dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan itu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Op Benteng yang dijalankan kelmarin menahan lima warga asing didapati melakukan kesalahan imigresen.

Beliau berkata, PDRM juga mengadakan 66 sekatan jalan raya Op Benteng dan memeriksa 40,151 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang, terutama melalui lorong tikus.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia