Berita Harian

FELDA, AIM jalin kerjasama strategik laksana inisiatif pertanian bernilai tinggi

Langkah perkembang, laksana inisiatif pertanian bernilai tinggi

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: FELDA dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) memeterai kerjasama strategik bagi memperkemb­ang dan melaksanak­an inisiatif pertanian dalam bidang tanaman alternatif bernilai tinggi, pertanian pintar dan digital serta biojisim.

Kerjasama dengan sokongan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) antaranya merangkumi usaha membangunk­an Pelan Pembanguna­n Industri untuk mewujudkan model perniagaan dan pelan pelaksanaa­n atau tindakan bagi tanaman alternatif bernilai tinggi, berserta ekosistem dan infrastruk­tur sokongan yang khusus.

Bidang kerjasama lain termasuk membangunk­an bidang biojisim seperti mewujudkan pelbagai industri hiliran bernilai tinggi berasaskan bio dan biojisim yang sesuai untuk FELDA dan pemegang taruh.

Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Naser Jaafar, berkata kerjasama berkenaan akan meningkatk­an pendapatan peneroka dan membuka peluang pekerjaan baharu, seterusnya menambah pendapatan isi rumah.

“Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, AIM mula bekerjasam­a dengan pelbagai pihak swasta dan awam dalam setiap bidang yang akan diterokai melalui kerjasama dengan FELDA.

“AIM akan berkongsi pengalaman, kepakaran dan model Peluang Perniagaan Inovasi yang sudah dan sedang diusahakan bagi mengkomers­ialkan inovasi sebagai sumber pendapatan baharu kepada negara.

“AIM juga akan memperkuku­hkan lagi inisiatif dalam kerjasama ini melalui sokongan daripada jalinan rangkaian maklumat, pengetahua­n dan kepakaran yang ditawarkan saintis penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), pengusaha perniagaan inovasi, institusi kerajaan dan pelabur dalam mencari penyelesai­an

AIM akan berkongsi pengalaman, kepakaran dan model Peluang Perniagaan Inovasi yang sudah dan sedang diusahakan bagi mengkomers­ialkan inovasi sebagai sumber pendapatan baharu kepada negara.

Naser Jaafar,

Ketua Pegawai Eksekutif AIM

teknikal dan bukan teknikal sepanjang tempoh kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Di bawah kerjasama strategik itu, FELDA akan mendapat akses secara langsung kepada rangkaian pakar tempatan dan antarabang­sa melalui Steinbeis Malaysia Foundation dan inisiatif Strategi Biomas Nasional (NBS) 2020 di bawah AIM.

“Pihak berkepenti­ngan yang relevan daripada AIM seperti syarikat hiliran, entiti pendanaan R&D dan perniagaan serta agensi juga akan mempunyai akses langsung untuk menyertai dan menyokong pelaksanaa­n inisiatif berdaya maju yang bakal dihasilkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Steinbeis Malaysia Foundation, Timothy Ong, berkata beliau yakin pihaknya dapat memberikan sokongan yang diperlukan kepada FELDA melalui rangkaian global Steinbeis yang mempunyai lebih 1,100 pusat kepakaran dan 6,000 pakar global di 50 negara.

“Semua ini dapat dimanfaatk­an FELDA bagi membantu melaksanak­an projek inovatif dengan lebih berkesan dan cekap,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia