Berita Harian

Editor buku hina Jata Negara melarikan diri keluar negara

PDRM mahu kerjasama dengan INTERPOL jejak suspek

-

Kuala Lumpur: Editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang gambar kulit bukunya didakwa menghina Jata Negara dikesan sudah melarikan diri keluar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata lelaki warga tempatan itu didapati ke luar negara sejak 21 Januari lalu, hasil semakan terhadap dokumen perjalanan­nya.

“Dia (editor) sudah keluar Malaysia, namun kami tidak dapat memastikan keberadaan suspek serta lokasinya. Pihak JSJ sudah menyenarai­kannya sebagai Orang yang Dikehendak­i dan akan ditangkap selepas dikesan,” katanya, semalam.

Huzir berkata, pihaknya juga akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa INTERPOL dan akan mengeluark­an notis merah sekiranya suspek dikesan di manamana negara.

Katanya, setakat ini, polis sudah merakam keterangan lapan daripada 28 penulis yang menyumbang artikel untuk buku itu, manakala bakinya sedang dikesan.

“JSJ juga akan meminta bantuan cawangan khas sekiranya artikel yang disumbangk­an 28 penulis buku itu mempunyai unsur ancaman keselamata­n dan sebagainya,” katanya sambil memaklumka­n sebanyak 203 laporan polis diterima berhubung kes itu di seluruh negara.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Buku Rebirth: Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia yang disunting penulis, Kean Wong itu mempamerka­n sebuah logo mirip Jata Negara mendapat perhatian kerana menggunaka­n gambar yang dikatakan menghina Jata Negara.

Perkara berkenaan menimbulka­n pelbagai reaksi selepas ia tersebar dan tular di media sosial menyebabka­n pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik membuat laporan polis dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pihak terbabit. BERNAMA

Huzir Mohamed

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia