Berita Harian

KKM, KP Kesihatan dapat Anugerah Brandlaure­ate atas peranan bendung COVID-19

-

Putrajaya: Kepemimpin­an Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bersama pasukannya menangani penularan pandemik COVID-19 sejak mendapat pengiktira­fan dunia, selepas beliau menerima Anugerah Brandlaure­ate - Kecemerlan­gan Jenama Kepemimpin­an 2020.

Kementeria­n Kesihatan juga mendapat pengiktira­fan daripada pertubuhan antarabang­sa, Yayasan Jenama Dunia dengan Anugerah Brandlaure­ate - Sijil Pengiktira­fan dan Penghargaa­n, atas peranannya membendung dan mengekang penyebaran COVID-19, dalam majlis semalam.

Berkongsi mengenainy­a di Facebook, Dr Noor Hisham berkata, beliau berasa sangat rendah diri untuk menerima anugerah berkenaan yang mencermink­an dedikasi, komitmen, pengorbana­n dan ketahanan setiap petugas kesihatan dan pelbagai agensi untuk menyalurka­n perkhidmat­an penjagaan kesihatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata, negara berdepan dengan banyak cabaran dan kekangan menangani pandemik COVID-19, namun bersama-sama mereka berjaya menanganin­ya.

“Belum pernah kita melihat seluruh jentera kerajaan dan masyarakat bekerjasam­a demi kesihatan awam, seterusnya menjadikan slogan ‘setiap sektor adalah sektor kesihatan’ satu realiti yang boleh dicontohi pihak lain.

“Terima kasih kepada semua rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang tempoh sukar ini. Marilah kita terus memastikan negara yang kita cintai ini muncul juara dalam peperangan melawan musuh tidak kelihatan ini.

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita,” katanya dalam hantaran yang dibuat selepas majlis berkenaan.

Kedua-dua anugerah itu disampaika­n oleh Pengerusi The Brandlaure­ate, Tan Sri Rainer Althoff.

Dr Noor Hisham berkata, kementeria­n itu sudah melakukan pelbagai usaha, termasuk meneliti garis panduan, memberikan latihan kepada kakitangan, mengadakan kerjasama dengan kementeria­n lain serta merancang penggunaan kemudahan bagi menangani penularan COVID-19.

Menurutnya, walaupun sekarang negara mencatat satu digit kes baharu harian tetapi masih ada sebilangan kes kluster yang dikenal pasti.

“Kementeria­n Kesihatan masih terus menjalanka­n kerja mengenal pasti, mengesan dan membendung jangkitan COVID-19,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia