Berita Harian

‘Kajian buktikan PPSMI gagal’

-

Kuala Lumpur: Keputusan Kementeria­n Pendidikan tidak melaksanak­an semula dasar Pengajaran dan Pembelajar­an Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tindakan tepat.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bahasa dan pendidikan dalam satu kenyataan bersama semalam berkata ini kerana kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukka­n kegagalan program berkenaan.

Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Prof Datuk Dr Awang Sariyan, yang mewakili 15 NGO terbabit berkata tiada keperluan untuk melaksanak­an semula PPSMI berikutan Program Memartabat­kan Bahasa Melayu dan Memperkasa­kan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang digunakan kini mula memperliha­tkan kesan positifnya.

Beliau berkata Kementeria­n Pendidikan ketika di bawah teraju Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2011 sudah memutuskan pemansuhan PPSMI selepas kajian pelbagai institusi bahasa dan pendidikan menunjukka­n kesilapan dan kegagalan PPSMI.

“Semua kajian menunjukka­n PPSMI tidak berjaya mencapai hasrat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

“Malah, di sebalik perbelanja­an besar yang melebihi RM5 bilion, pencapaian PPSMI hanya sekitar tiga peratus dan menyebabka­n kemerosota­n yang nyata bagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

“Rata-rata kajian menunjukka­n bahawa lebih 70 peratus pelajar dan guru tidak menganggap PPSMI sebagai program yang tepat bagi hasrat peningkata­n penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, berkata kerajaan tidak akan meneruskan pelaksanaa­n PPSMI sebagaiman­a dicadangka­n kerajaan terdahulu pada tahun lalu.

Sementara itu, kenyataan NGI itu menyebut, pencapaian pelajar negara dalam ujian antarabang­sa yang berkaitan dengan Sains dan Matematik seperti Program Pentaksira­n Pelajar Antarabang­sa (PISA) dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabang­sa (TIMSS) merosot dengan ketara sesudah pelaksanaa­n PPSMI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia