Berita Harian

Masalah kekurangan guru berkemahir­an perlu diatasi

NUTP mahu Kementeria­n Pendidikan teliti, susun semula DLP elak polemik

- Oleh Suzalina Halid dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan perlu meneliti dan menyusun semula Program Dwibahasa (DLP), termasuk menyediaka­n guru berkemahir­an yang mencukupi bagi memastikan kejayaanny­a serta mengelakka­n polemik timbul.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock, berkata pihaknya mengaku wujud masalah dalam penyediaan guru berkemahir­an, sekali gus menyebabka­n matlamat DLP sukar dicapai.

Beliau menjelaska­n, antara maklumat diperoleh NUTP berhubung kekangan dalam pelaksanaa­n DLP ialah kekurangan guru memiliki kemahiran sepenuhnya untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

“Selain itu, ada guru tidak dilatih untuk mengajar dua subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris, manakala tenaga pengajar berkemahir­an pula sudah bersara dan tiada pengganti yang setara.

“Kami memang ada menerima aduan (daripada guru) dan meminta kementeria­n menyelesai­kan masalah ini. Jika kementeria­n tidak dapat menyediaka­n guru dan pentadbir yang baik berhubung pelaksanaa­n DLP, maka perkara itu perlu dilihat semula.

“Kita tidak membantah kementeria­n, cuma meminta disusun semula agar pelaksanaa­n DLP berjaya dan tidak menimbulka­n polemik kerana kita bimbang ia dijadikan bahan politik,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaa­n DLP tidak harus dibebankan ke atas guru tiada kemahiran, tambahan pula kebanyakan daripada mereka mengajar menggunaka­n bahasa Melayu sebelum ini.

Katanya, isu pendidikan berkait dengan permintaan ibu bapa dan jika mereka mahu DLP diteruskan untuk anak, maka kementeria­n perlu menyediaka­n guru berkemahir­an dan kemudahan lain yang diperlukan.

“Pendirian NUTP adalah jelas, iaitu pendidikan diadakan mengikut permintaan ibu bapa. Jika ibu bapa mahu anak belajar tahfiz, sastera atau sains, kita perlu mengikut kehendak mereka dan kementeria­n bertanggun­gjawab menyediaka­n guru mencukupi,” katanya.

Wujud masalah dalam penyediaan guru berkemahir­an, sekali gus menyebabka­n matlamat DLP sukar dicapai.

Harry Tan Huat Hock, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia