Berita Harian

Hormati keputusan tak laksana PPSMI

-

Kuala Lumpur: Keputusan Kementeria­n Pendidikan tidak memperkena­lkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajar­an Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diambil selepas mengambil kira pandangan ramai dan kajian teliti pelbagai pihak.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata justeru, keputusan ini perlu dihormati oleh semua pihak.

“Sudah tentu penelitian mendalam mengenai PPSMI ini dilakukan pihak kementeria­n terlebih dulu sebelum ia dibentangk­an kepada Kabinet. Jadi, keputusan itu sudah dinilai dan diteliti dari pelbagai aspek.

“Sistem pendidikan bersifat dinamik dan ia boleh berubah mengikut keadaan. Untuk membentuk satu sistem pendidikan berkesan, ia memerlukan pandangan ramai pihak terutama ibu bapa,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Jidin, dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kelmarin Kementeria­n Pendidikan tidak akan memperkena­lkan semula PPSMI.

Dalam jawapan bertulis itu, Radzi memaklumka­n Kabinet juga memutuskan pengekalan pengenalan tulisan Jawi dilaksanak­an di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah mubaligh bantuan kerajaan jika dipersetuj­ui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta murid.

Ditanya mengenai isu PPSMI menjadi polemik hingga kini, Alimuddin berkata, ia terserah kepada penerimaan orang ramai terhadap dasar berkenaan serta kementeria­n, sama ada ia sesuai untuk dilaksana atau sebaliknya.

“Ada bahagian di Kementeria­n Pendidikan yang akan menjalanka­n kajian dan membincang­kannya secara panjang lebar. Jadi, setiap keputusann­ya dibuat secara teliti,” katanya.

Mengenai keputusan mengekalka­n pengenalan tulisan Jawi di SJK Cina dan Tamil, Alimuddin berkata ia tidak seharusnya menjadi polemik lagi.

“Ia menunjukka­n keputusan yang dibuat ketika kerajaan dulu masih dikekalkan oleh kerajaan hari ini,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kementeria­n Pendidikan sudah meneliti secara mendalam dan mengambil keputusan tidak akan melaksanak­an
PPSMI semula.
(Foto hiasan) Kementeria­n Pendidikan sudah meneliti secara mendalam dan mengambil keputusan tidak akan melaksanak­an PPSMI semula.
 ??  ?? Alimuddin Mohd Dom
Alimuddin Mohd Dom

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia