Berita Harian

Faizal sedia galas amanah Timbalan Presiden BERSATU

-

Ahmad Faizal menziarahi

Ipoh: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bersedia memikul tanggungja­wab sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi memperkuku­hkan lagi sokongan dan perjuangan parti itu.

Menyifatka­n sebagai amanah besar, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi BERSATU Perak berkata, ia bukan satu perkara yang perlu dibanggaka­n sebaliknya satu komitmen yang perlu dijalankan.

“Saya cuma perlu memberikan komitmen untuk menjalanka­n amanah ini dengan sebaik yang boleh dan paling penting untuk mempersiap­kan parti bagi menghadapi apa juga kemungkina­n sama ada pilihan raya dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mendiang Ketua Pemuda Dewan

Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Youghan Mahalingam, di Taman Tambun, di sini semalam.

Laporan semalam menyebut Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahmad Faizal masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden BERSATU.

Berdasarka­n senarai calon layak bertanding dalam Pemilihan BERSATU yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) itu, hanya nama Muhyiddin dan Ahmad Faizal masing-masing menjadi calon tunggal bagi mengisi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, beliau akan memberikan kekuatan kepada presiden parti dalam mengetuai pentadbira­n pada peringkat parti dan kerajaan.

“Diberitaka­n semalam (kelmarin) bahawa cuma ada satu calon tunggal bagi jawatan berkenaan dan ini membolehka­n saya dinamakan sebagai Timbalan Presiden apabila tiba masanya nanti.

“Harapan saya ketika menawarkan diri (jawatan Timbalan Presiden) adalah untuk memberi kerjasama dan sokongan padu pada Presiden,” katanya.

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, beliau berkata, sebarang keputusan membabitka­n calon akan diputuskan dalam mesyuarat bersama pemimpin komponen Perikatan Nasional (PN) pada peringkat pusat.

“Sesiapa sahaja yang kita putuskan, semua parti komponen dalam Perikatan Nasional perlu beri sokongan yang jitu,” katanya.

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Khamis depan bagi membincang­kan tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Perak.

Penentuan berkenaan dibuat selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, mengenai kekosongan luar jangka kerusi N 58 Slim, semalam.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata ia selari Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, iaitu sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian penyandang­nya, Allahyarha­m Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Rabu lalu, di Hospital Bentong selepas mengadu kesukaran bernafas.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu, beliau mengekalka­n kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi menentang calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bertanding atas tiket PKR, iaitu Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Dalam kenyataan itu, SPR merakam takziah kepada keluarga Allahyarha­m atas kembalinya ke rahmahtull­ah.

“Semoga keluarga Allahyarha­m tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang,” katanya kenyataan berkenaan.

Selari Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, iaitu sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan.

Ikmalrudin Ishak, Setiausaha SPR

 ?? (Foto Balqis Jazimah Zahari/bh) ?? semalam. keluarga mendiang Youghan di Hala Taman Tambun 1, Taman Tambun, Ipoh,
(Foto Balqis Jazimah Zahari/bh) semalam. keluarga mendiang Youghan di Hala Taman Tambun 1, Taman Tambun, Ipoh,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia