Berita Harian

4 kluster baharu dikesan

18 jangkitan babit 13 warganegar­a Malaysia, lima warga asing

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Seramai 18 individu dilaporkan positif COVID-19, membabitka­n 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan lapan kes penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua kes membabitka­n 13 warganegar­a Malaysia dan lima warga asing.

Katanya, pertambaha­n kes berkenaan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 8,755 kes dengan jumlah kes aktif dan kebolehjan­gkitan 92 kes.

“Hanya tiga kes pulih yang dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini (semalam) menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 8,541 kes atau 97.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, tiada pertambaha­n kematian dan kekal 122 kes bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Dalam perkembang­an berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, ada empat kluster baharu yang mendapat jangkitan dari luar negara dan satu kluster membabitka­n petugas barisan hadapan.

Katanya, kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Pitakwa, Kluster PUI Shirala, Kluster Pusat Perubatan Kuching dan Kluster Jupiter.

Beliau berkata, semua kluster itu sudah menjangkit­i enam individu, iaitu masing-masing dua kes di Hulu Terengganu, satu kes di Kuching dan Selangor serta dua kes di Bintulu, Sarawak.

Dr Noor Hisham berkata, kes indeks bagi Kluster PUI Pitakwa, atau kes ke-8,737 itu baru pulang ke Malaysia dari Nigeria pada 11 Julai lalu.

“Saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati beliau negatif. Tiga hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan COVID-19 kerana mula mengalami gejala yang lebih teruk, sebelum dikesan positif wabak terbabit dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.

“Susulan itu, 44 kontak rapat sudah dikenal pasti dan disaring terutama dalam kalangan ahli keluarga, penumpang, kru kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja.

“Daripada jumlah yang disaring, dua individu dikesan positif, iaitu kes ke-8,754 dan 8,755. Tiga lagi individu negatif, manakala 39 individu lagi masih menunggu keputusan saringan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster PUI Shirala membabitka­n warga asing yang bekerja sebagai golongan profesiona­l yang memasuki negara ini pada 6 Julai lalu.

“Saringan COVID-19 di India dan kemudian di KLIA mendapati beliau negatif. Lima hari selepas ketibaanny­a di Malaysia, beliau perlu menjalani ujian ulangan COVID-19 kerana mula menunjukka­n gejala dan dikesan positif pada 11 Julai lalu.

“Beliau kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Setakat ini, dua kontak rapat sudah dikenal pasti dan seorang daripada mereka dikesan positif COVID-19 (kes ke-8,738), dan seorang lagi negatif,” katanya.

Beliau berkata, bagi kluster ketiga iaitu Kluster Pusat Perubatan Kuching, kes indeks kluster itu

Dr Noor Hisham Abdullah

ialah warganegar­a Malaysia yang bertugas di barisan hadapan.

“Kes indeks iaitu kes ke-8,734 menjalani saringan COVID-19 kerana berisiko tinggi dan bertugas sebagai petugas kesihatan, namun kes ini tidak menunjukka­n sebarang gejala.

“Beliau dikesan positif COVID-19 pada 14 Julai lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Setakat ini, seorang individu iaitu kes ke-8,744, yang juga rakan sekerjanya di sebuah Pusat Perubatan di Kuching, dikesan positif,” katanya

“Bagaimanap­un, seramai 26 kontak rapat yang lain, termasuk ahli keluarga dan rakan sekerjanya mendapat keputusan negatif,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia