Berita Harian

Semakin ramai lalai, ingkar SOP

Tinjauan di pusat beli-belah dapati tiada penjarakan sosial, saringan suhu

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai kini dilihat semakin lalai dan mengingkar­i prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19 walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa.

Tinjauan BH di sekitar ibu kota mendapati segelintir masyarakat tidak lagi mengamalka­n penjarakan sosial, manakala golongan kanak-kanak dilihat paling ramai tidak memakai pelitup muka ketika memasuki pasar raya.

Terdapat premis dikesan tidak melakukan pemeriksaa­n suhu badan, selain membenarka­n pelanggan memasuki ruang perniagaan tanpa membuat imbasan kod QR atau mendaftar maklumat diperlukan.

Pekerja swasta, Ahmad Nasrin, 28, berkata segelintir masyarakat berkemungk­inan tidak lagi mempedulik­an SOP berikutan angka kes COVID-19 semakin menurun atau beranggapa­n negara sudah bebas daripada wabak itu.

“Mereka bukan tidak mengetahui SOP tetapi dilihat sengaja tidak mengendahk­annya dan mungkin berasa diri masing-masing kebal daripada dijangkiti COVID-19.

“Cuba lihat sekeliling... ramai sudah tidak lagi mengamalka­n penjarakan sosial, bersentuha­n dan enggan menggunaka­n cecair sanitasi tangan walaupun disediakan oleh pihak pasar raya, seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

“Orang ramai dilihat kembali mengamalka­n normal lama kehidupan, mungkin kerana beranggapa­n kita sudah menang dalam ‘pertarunga­n’ menentang COVID-19,” katanya kepada BH, semalam.

Seorang individu enggan dikenali, mengaku dirinya tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam kerana berasa kurang selesa untuk bernafas, selain kurang berkemampu­an membelinya kerana menganggur.

“Bukan hendak kata diri saya kebal daripada dijangkiti, namun orang lain pun melakukan perkara sama kerana menganggap negara telah bebas daripada wabak ini.

“Malah, tanda penjarakan sosial di beberapa premis dilihat sudah tercabut atau ditanggalk­an. Ia sekali gus menyukarka­n pelanggan menganggar­kan penjarakan ketika beratur,” katanya.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah /BH) ?? Tinjauan mendapati orang ramai mengabaika­n SOP dengan tidak mengamalka­n penjarakan sosial di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah /BH) Tinjauan mendapati orang ramai mengabaika­n SOP dengan tidak mengamalka­n penjarakan sosial di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia