Berita Harian

Ketidaksei­mbangan pendapatan, peluang ekonomi jadi tumpuan

Dua masalah berkenaan makin meningkat, perlu perhatian sewajarnya

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketidaksei­mbangan pendapatan dan peluang ekonomi sesama Bumiputera adalah antara perkara yang perlu diberi tumpuan oleh Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) selepas ditubuhkan kerajaan kelak.

Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi dan Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata isu yang timbul melalui dua perkara masalah berkenaan semakin meningkat dan memerlukan perhatian sewajarnya, dalam usaha kerajaan memperkasa golongan Bumiputera.

“Justeru, inisiatif untuk menangani isu berkenaan perlu diberi keutamaan, terutama dalam aspek isu kemiskinan Bumiputera di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah,” katanya kepada BH, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebelum ini memaklumka­n, kerajaan akan mewujudkan MKB yang bakal dijadikan platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembanguna­n sosioekono­mi Bumiputera.

Katanya, MKB adalah sebahagian daripada kerangka intervensi strategik untuk memandu dan mempercepa­t pemerkasaa­n ekonomi Bumiputera melalui usaha peningkata­n kapasiti dan keupayaan merentas pelbagai program.

Mengulas penubuhan MKB, Irwan Shah berkata, ia adalah inisiatif baik dan inklusif dengan pemerkasaa­n ekonomi Bumiputera perlu dilihat sebagai agenda nasional.

Bagi memperkasa kehidupan rakyat miskin secara umum, katanya, kerajaan perlu memperkena­lkan inisiatif baharu dalam sektor pertanian dan pembanguna­n luar bandar.

“Antara yang boleh diberi tumpuan adalah pengenalan terhadap konsep pertanian pintar, selain memupuk budaya dan ekosistem keusahawan­an di kawasan luar bandar yang berasaskan digital serta ekonomi hijau.

“Selain itu, institusi baharu mungkin boleh diperkenal­kan untuk pembinaan kapasiti bagi tujuan ini, seperti latihan dan bantuan kewangan serta sistem sosial yang komprehens­if bagi mereka mendepani norma baru dalam perniagaan pasca-pandemik ini,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Ketidaksei­mbangan pendapatan dan peluang ekonomi antara perkara yang menjadi tumpuan MKB.
(Foto hiasan) Ketidaksei­mbangan pendapatan dan peluang ekonomi antara perkara yang menjadi tumpuan MKB.
 ??  ?? Irwan Shah Zainal Abidin
Irwan Shah Zainal Abidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia