Berita Harian

Tengku Zafrul menang Anugerah Life at Work 2019

-

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, muncul pemenang Anugerah Life at Work 2019 Talentcorp untuk kategori CEO bagi organisasi Malaysia.

Bagi organisasi antarabang­sa, Annemariek­e De Haan dari Unilever Malaysia meraih anugerah itu manakala bagi organisasi sektor awam serta organisasi kecil dan sederhana, Azaddin Ngah Tasir dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Noor Mohd Helmi Nong Hadzmi dari IX Telecom memenangi anugerah itu.

Dianjurkan setiap tahun oleh Kementeria­n Sumber Manusia melalui agensinya, Talentcorp Malaysia Bhd dan dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Anugerah Life at Work bertujuan menggalakk­an kepelbagai­an dan keterangku­man tempat kerja yang lebih baik untuk masa depan pekerjaan di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata pekerjaan yang fleksibel dapat membantu perniagaan meningkatk­an produktivi­ti mereka dalam persekitar­an baharu yang diwujudkan oleh COVID-19.

“Melalui peluang pekerjaan dan pembanguna­n kemahiran yang diwujudkan oleh Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan terus fokus untuk mengurangk­an impak daripada pandemik itu kepada pekerja yang menganggur dan mudah terjejas, termasuk golongan belia di negara ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, pemenang lain pada majlis anugerah itu yang diumumkan melalui video termasukla­h Kumpulan CIMB untuk organisasi terbaik Malaysia, Daythree Business Services Sdn Bhd (peserta baharu terbaik) dan Eco World (pasukan kepimpinan terbaik).

Maklumat lanjut mengenai amalan terbaik dan untuk melihat senarai penuh pemenang Anugerah Life at Work 2019 dan syarikat yang mengambil bahagian boleh didapati di www.lifeatwork.my.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia