Berita Harian

Media perlu bantu perkukuh pembudayaa­n bahasa Melayu

-

Perjuangan untuk meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan berdaulat di Malaysia - negara tempat lahir bahasa ini - kedengaran sangat aneh dan memalukan.

Meminta bahasa ini diletakkan di tempat yang tinggi sebagai suatu sendaan dan jenaka, walhal itulah hakikatnya, dari sudut sejarah. Kedudukan bahasa Melayu tidak wajar diragukan lagi.

Apabila kedudukan bahasa yang menjadi roh kemerdekaa­n, kemajuan dan keharmonia­n tidak berada di tempat yang sewajarnya.

Kongres Persuratan Melayu ketiga pada 1956 mencapai hakikat ini. Selepas itu Perlembaga­an Negara dalam Akta 152 ikut mencatatka­n bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sebagai jiwa dan roh bangsa, terjulang anggun dan unggul. Namun begitu, selepas lebih 60 tahun negara ini merdeka, bahasa Melayu masih terus berjuang untuk meletakkan ‘diri’ pada kedudukan yang tepat di tanah air sendiri.

Seolah-olah, pencapaian­nya jauh tertinggal di belakang berbanding kebanyakan bahasa kebangsaan di negara lain.

Apabila Pengerusi Lembaga Pengelola DBP mengumumka­n betapa perlunya melakukan pindaan terhadap Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 sedia ada, Persatuan Sasterawan Melayu Nusantara (NUMERA) Malaysia sebagai pertubuhan berasaskan seni, budaya dan kesusaster­aan Melayu yang aktivitiny­a adalah bermatlama­tkan meletakkan bahasa Melayu sebagai perantara utama di rantau nusantara dan dunia sebagai bahasa antarabang­sa, melihat ini adalah suatu keperluan.

Perlu ada suatu penguatkua­saan yang jelas dan mantap seiring dengan kompleksny­a pengurusan aktiviti harian rakyat masa kini.

Pindaan terakhir pada 1995 menumpukan kepada pembetulan serta penambahba­ikan. Proses ini berlaku selama 25 tahun, suatu angka yang matang untuk sebuah proses pembelajar­an.

Proses pembelajar­an dan dalam masa yang sama diharapkan menjadi suatu budaya unggul untuk menyokong keharmonia­n negara dan pembentuka­n sebuah ketamaduna­n.

Bukan sekadar kaya pada tingginya per kapita, atau canggihnya teknologi, mahu pun diukur kepada berapa tingginya pencakar langit milik kita.

Tetapi ada sesuatu yang mesti mengisi dan membentuk jadi diri untuk bangsa ini yakni mempunyai identiti dan sahsiah diri di mata dunia.

Pada tahap ini, pembelajar­an dan pembetulan terus berlangsun­g tetapi sudah tiba pada tahap seterusnya iaitu penguatkua­saan bagi memastikan segala perancanga­n dan kegemilang­an bahasa Melayu dapat dicapai dan dikekalkan.

Bahasa Melayu itu unggul menerajui aspek komunikasi utama dan rasmi dalam kalangan warganegar­a pelbagai kelompok, sektor dan lapisan masyarakat dan rakyat.

Ketika ini bahasa Melayu masih dianggap oleh masyarakat di negara ini sebagai ‘bahasa’ semata-mata yang diandalkan dengan keperluan kepada ekonomi, sosial dan politik.

Masyarakat masih melihat bahasa Melayu yang sedang dijaga oleh DBP ini sebagai bahasa untuk berinterak­si semata-mata kerana itu kedudukann­ya sentiasa digugat.

Keperluan untuk berinterak­si semata-mata hanya menyebabka­n kedudukan bahasa ini bersaing secara kurang sihat dengan bahasa lain kerana masing-masing mempunyai pilihan dan keperluan tertentu dalam kelompok masing-masing.

Pengekalan keunggulan bahasa Melayu ini dalam kalangan masyarakat pelbagai kelompok dan lapisan di negara ini, memerlukan suatu sistem pemantauan yang berkesan dan praktikal untuk difahami dan disedari, seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pemantauan adalah untuk menjaga kualiti atau mutu bahasa yang diamalkan dan dipamerkan. Melalui pemantauan akan membantu seluruh warga sedar jika ada berlaku kesilapan dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

Amalan penggunaan bahasa Melayu yang betul ini harus dimulakan dan ditunjukka­n oleh pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh luas serta besar terhadap masyarakat seperti media dan pemimpin pelbagai peringkat.

Perkara ini yang menjadi persoalan utama kini, apabila ikon atau pengaruh besar mulai kendur dalam mempamerka­n bahasa Melayu yang baik khususnya dalam hal rasmi dan pengumuman atau pemakluman yang membabitka­n kepentinga­n awam.

Pemikiran segelintir pemimpin, tokoh mahu pun orang awam yang menganggap penggunaan bahasa Melayu yang betul bukan sesuatu yang utama bakal melunturka­n tanggapan masyarakat terhadap kepentinga­n penjagaan aspek ini.

Proses pembudayaa­n bahasa yang betul mungkin menjadi lebih tegas selepas ini, tetapi jika tidak dilaksanak­an sekarang, tidak dapat dibayangka­n betapa kerosakan dan pengabaian yang lebih besar berbanding yang terjadi pada hari ini.

Hal ini ketara di mana pembudayaa­n bahasa Melayu yang betul perlu dimantapka­n melalui saluran media.

NUMERA Malaysia percaya usaha ini adalah antara pendekatan yang paling jitu, tepat dan berkesan untuk memastikan bahasa Melayu diletakkan dan dimartabat­kan selaras sebagai bahasa kebangsaan, bahasa agung Malaysia.

Ketika ini bahasa Melayu masih dianggap oleh masyarakat di negara ini sebagai ‘bahasa’ semata-mata yang diandalkan dengan keperluan kepada ekonomi, sosial dan politik. Masyarakat masih melihat bahasa Melayu yang sedang dijaga oleh DBP ini sebagai bahasa untuk berinterak­si semata-mata kerana itu kedudukann­ya sentiasa digugat.

Amalan penggunaan bahasa Melayu yang betul ini harus dimulakan dan ditunjukka­n oleh pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh luas serta besar terhadap masyarakat seperti media dan pemimpin pelbagai peringkat. Perkara ini yang menjadi persoalan utama kini, apabila ikon atau pengaruh besar mulai kendur dalam mempamerka­n bahasa Melayu yang baik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia