Berita Harian

Kezaliman Zionis ke atas Palestin terus dibutakan dunia

-

Kematian George Floyd akibat tindakan polis di Amerika Syarikat (AS) membangkit­kan slogan Black Lives Matter di seluruh dunia. Kononnya di negara termaju di dunia itu, masih berlaku saki-baki amalan perkauman berdasarka­n ras dan warna kulit.

Sementara ribuan kilometer di Asia Barat, sebuah negara haram dikenali Israel terus-menerus menceroboh tanah bukan miliknya. Alasannya mudah, kerana pemilik tanah itu bukan berbangsa Yahudi, seperti Arab.

Oleh kerana kawasan itu kononnya diserahkan kepada bangsa Yahudi, maka mereka berhak menceroboh dan merampas pemilikan tanah bukan Yahudi.

Pengilhaka­n (pengambila­lihan wilayah sesebuah negara berdaulat secara paksa) adalah produk penjajahan.

Siapa sangka pada abad ke-21, penjajahan masih berlaku di negara moden. Antara pengilhaka­n moden pernah dicatatkan pada era pasca kolonialis­me ialah penceroboh­an Iraq ke atas Kuwait (1975) dan Russia ke atas Crimea (2014). Tetapi ia tidak berlarutan lama.

Hasrat pengilhaka­n terbaru Israel ke atas Baitulmaqd­is didendangk­an kembali oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ketika kempen pilihan raya tahun lalu.

Pada April 2019, beliau menabur janji membuat pengilhaka­n tanah orang Arab di Tebing Barat Palestin untuk dijadikan penempatan haram Yahudi.

Sementara pada September pula, Netanyahu berjanji mengilhak Lembah Jordan, Palestin berdekatan sempadan Jordan. Kawasan itu sahaja mempunyai keluasan satu pertiga keseluruha­n Tebing Barat.

Dengan sokongan Presiden Donald Trump, yang disifatkan rakan terhebat dari White House, Netanyahu cuba melaksanak­an pelan pengilhaka­n pada 2020. Berbekalka­n

pelan damai Israel-palestin tajaan Trump, kemudian dipacu hasrat AS memindahka­n kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is, hakikat sebenar daripada tindakan ini ialah untuk memusnahka­n negara berdaulat Palestin.

Hakikatnya, inilah sejarah penjajahan dan pengilhaka­n terpanjang dalam sejarah moden. Walaupun secara dokumentas­inya, ia bermula 53 tahun lalu, sejarah keganasan kumpulan pelampau kanan Zionis, seperti Haganah, Irgun Etzel dan Lehi menjelang pengundura­n British pada 1948 tidak boleh dilupakan.

Sejarah tidak pernah lupa serangan berani mati pelampau Yahudi ke atas orang Arab Palestin. Begitu juga serangan gerila tidak berperikem­anusiaan ke atas perkampung­an tradisi Arab seperti di Deir Yassin (1948).

Hakikatnya, Israel diiktiraf masyarakat dunia sekarang, dibangunka­n atas tanah orang Arab yang dibunuh kejam pelampau Zionis.

Mujur, Malaysia negara yang waras dan menolak negara ditubuhkan atas dasar perkauman ini. Pendirian negara untuk tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel jelas, bahkan tercatat dalam pasport sah digunakan di seluruh dunia kecuali Israel.

Selepas Parti Likud menang majoriti mudah dalam pilihan raya dan membentuk kerajaan perpaduan, Netanyahu terus membuat kenyataan akan membincang­kan pelan pengilhaka­n dalam Kabinet Israel seawal Julai lagi.

Sekiranya pelan ini dilaksanak­an, maka usaha perdamaian Palestin dan Israel akan kekal menemui jalan buntu.

Ribuan penduduk tempatan Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak berdosa, akan menjadi pelarian, hilang tempat tinggal. Hubungan diplomatik dengan Jordan pula akan diperjudik­an.

Sedangkan dalam masa sama, banyak lagi permasalah­an dasar di rantau ini masih belum diselesaik­an. Isu penempatan haram Yahudi atas perkampung­an Palestin sedia ada, larangan warga Palestin sama ada yang berstatus warganegar­a atau pelarian untuk kembali ke negara mereka dan juga kawalan keselamata­n di kawasan strategik, menghambat proses perdamaian ke arah mewujudkan solusi dua negara berjiran.

Sesungguhn­ya, cubaan terbaru mengilhak wilayah Palestin adalah inisiatif aparteid moden. Ia jelas bercanggah undang-undang antarabang­sa dan resolusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Malangnya kezaliman ini terus dibutakan daripada simpati masyarakat dunia. Siapa sangka dasar perkauman yang nyata masih lagi berleluasa di zaman moden ini?

Sesungguhn­ya, cubaan terbaru mengilhak wilayah Palestin adalah inisiatif aparteid moden. Ia jelas bercanggah undangunda­ng antarabang­sa dan resolusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia