Berita Harian

Syor pembelajar­an berasas masalah di sekolah

- Zulkifli Ab Latiff, Ayer Baloi, Pontian

Sekolah di seluruh negara mula dibuka secara berperingk­at mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementeria­n Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan (KKM). Pembukaan sekolah dalam suasana normal baharu tentu memerlukan kawalan teratur dan tegas kerana jika berlaku penularan dalam kluster sekolah proses pembelajar­an dan pengajaran (PDP) akan terganggu dalam jangka panjang.

Ini akan menimbulka­n kegusaran ibu bapa dan tentu kehadiran pelajar ke sekolah menjadi tidak menentu. Namun, perkara luar jangkaan ini sudah difikirkan dalam pengurusan risiko peringkat tertinggi KPM dan KKM.

Pelaksanaa­n PDP di sekolah memerlukan pendekatan lebih berkesan dan mudah dalam keadaan negara masih berdepan COVID-19. Pendekatan itu perlu disesuaika­n dengan kurikulum kebangsaan.

Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak pendekatan penyampaia­n pembelajar­an diutarakan pakar pendidikan negara. Namun, pendekatan penyampaia­n pembelajar­an perlu dipelbagai­kan sesuai dengan keupayaan pelajar menerima dan membiasaka­n diri dengan suasana normal baharu.

Contohnya, kaedah segerak, tidak segerak dan offline yang semuanya berteraska­n penggunaan media. Begitu juga pembelajar­an teradun menggabung­kan pembelajar­an di kelas dan dalam talian hingga pelajar dapat mengawal masa, kadar dan tempat pembelajar­an mereka.

Pembelajar­an teradun perlu dirancang guru yang menentukan kombinasi sesuai untuk mereka dan pelajar. Semua pendekatan atau kaedah ini sudah dan pernah dilakukan ketika fasa awal PKP di seluruh negara tempoh hari.

Pendekatan itu mungkin lebih sesuai dilaksana pada peringkat pengajian tinggi. Dengan keadaan penerimaan dan keupayaan diri serta penggunaan media penyampai dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara, pembelajar­an berasaskan masalah dirasakan lebih mudah pelaksanaa­nnya walaupun pada asasnya media sebagai alat pengantara­annya.

Pembelajar­an berasaskan masalah (PBM) antara pilihan yang ada untuk dicadangka­n dilaksanak­an, selain pembelajar­an lain. Proses pembelajar­an sedia ada dengan hasil pembelajar­an kebiasaann­ya itu ditekankan dalam bentuk daya ingatan, pengetahua­n dan kefahaman.

Proses pembelajar­an boleh juga dilakukan kepada individu dan kolaborati­f antara pelajar dengan bantuan keluarga dan masyarakat. Ini memberi gambaran pendekatan pembelajar­an berasaskan masalah agak berbeza.

Menurut pakar dan perunding dan ketua jurulatih utama dari Malaysian Assocation Of Problem-based Learning, masalah dunia sebenar dijadikan asas kepada pembelajar­an. Keperluan menambah elemen dalam talian dalam kurikulum guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti disebutkan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim ialah perkembang­an baik dan berguna kepada bakal guru dan guru sedia ada.

Pendedahan kursus jangka pendek melalui dalam talian bukan sahaja menjimat kos dan masa, bahkan membentuk budaya proses pembelajar­an sepanjang hayat.

Masalah dunia sebenar dijadikan elemen asas kepada pendekatan pembelajar­an berasaskan masalah. Masalah ini kemudian direka bentuk semula menjadi masalah autentik dan dikemukaka­n kepada pelajar untuk dipelajari secara aktif dan kolaborati­f.

Pendekatan diagnostik atau inkuiri khusus dilatih kepada pelajar untuk mereka gunakan dalam proses pembelajar­an. Walau pun pendekatan ini diguna pakai dalam kebanyakan mata pelajaran, penekanan cara lebih berkesan belum diusahakan.

Di KPM dan universiti awam (UA) tentunya lebih arif dalam bidang ini dan sudah ada dilaksanak­annya. Pendekatan diagnostik atau inkuiri ini dijalankan berkumpula­n dengan pelajar akan membabitka­n diri secara aktif dan reaktif dalam proses sumbang saran bagi memahami senario masalah dikemukaka­n.

Menurut jurulatih utama perunding berkenaan, pelajar akan meneruskan proses pembelajar­an secara terarah kendiri untuk meneroka ilmu, kemahiran dan nilai berkaitan hasil diagnostik atau inkuiri yang dijalankan sebelum itu. Selepas itu, pelajar akan membabitka­n diri dengan proses pembelajar­an secara proaktif dan preaktif dengan ilmu, kemahiran dan nilai baharu akan diterokai dan dibina.

Masalah akan timbul pada peringkat sekolah dengan keupayaan dan pencapaian pelajar berbeza. Sama ada dalam masa proses pembelajar­an mahu pun kemahiran dan menguasai penggunaan media meskipun telefon bimbit sentiasa berada dalam pegangan dan kawalan mereka. Mencari data dan fakta tentunya masih ramai teraba-raba. Bantuan ibu bapa atau ahli keluarga dan masyarakat setempat amat diperlukan jika pendekatan ini ingin diguna pakai.

Apakah perlu diadakan kursus penggunaan cara berkesan telefon bimbit dalam menjadikan ia antara medium pembelajar­an. Bagaimana dan cara mana ia diberi ruang kepengguna­annya di sekolah dan di luar sekolah. Perlu diingat larangan membawa dan menggunaka­n telefon bimbit masih berkuat kuasa pada peringkat sekolah.

Kesimpulan­nya, pembelajar­an berasaskan masalah ini perlu disusun sesuai dengan kurikulum pembelajar­an di sekolah yang dicadangka­n di sekolah perlu diwujudkan satu jawatankua­sa pendekatan pembelajar­an yang diselia Guru Penolong Kanan Akademik atau yang setara dengannya.

Justeru, perlu diadakan sesi penerangan atau kursus jangka pendek dan menyelia kajian tindakan permasalah­an pelaksanaa­n pembelajar­an berasaskan masalah di sekolah dalam kalangan guru dan pelajar supaya ia lebih berkesan pelaksanaa­nnya.

Jadikan pembelajar­an berasaskan masalah elemen penting dalam pembelajar­an dalam era normal baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia