Berita Harian

Gaji, skim kebajikan menarik pikat penganggur

- Lukman Al Hakim, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Mengikut statistik kadar penganggur­an negara meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei 2020 lalu. Ini bermakna sejumlah 826,000 orang di negara ini tidak mempunyai kerja.

Peningkata­n statistik penganggur­an lima peratus pada April ini amat merisaukan. Cuma persoalan yang timbul adakah benar peluang pekerjaan terhad atau rakyat Malaysia sebenarnya terlalu memilih kerja?

Tanpa menafikan kesan buruk pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara, hakikatnya masalah penganggur­an ini sudah lama dihadapi Malaysia. Kebanjiran pekerja asing, termasuk yang tidak memiliki dokumen sah antara faktor penyumbang utama.

Statistik Jabatan Imigresen Malaysia menunjukka­n jumlah pekerja asing aktif terkini adalah 2.3 juta orang merangkumi 14.74 peratus daripada jumlah keseluruha­n 15.6 juta tenaga buruh di negara ini (data 2019).

Jabatan Perangkaan Malaysia pula menganggar­kan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruha­n 32 juta penduduk di Malaysia, iaitu lebih 10 peratus. Itu belum dikira pendatang asing tanpa izin (PATI) yang juga dianggarka­n mencecah jutaan orang.

Selain isu rasuah, kebocoran kawalan keselamata­n negara dan kelemahan penguatkua­saan, majikan turut mengambil kesempatan dengan mengoptimu­mkan penggunaan warganegar­a luar bagi memaksimum­kan keuntungan.

Mereka menggunaka­n alasan warga tempatan malas dan tidak mahu bekerja, terutama dalam bidang yang sukar, kotor dan berbahaya atau sektor 3D.

Sebagai contoh syarikat, Top Glove yang juga pengeluar sarung tangan terbesar di dunia melaporkan kekurangan pekerja akibat kawalan kemasukan pekerja asing oleh kerajaan. Persoalann­ya, mengapakah kekosongan ini tidak boleh diisi hampir sejuta rakyat tempatan yang tidak memiliki kerja?

Pada pandangan saya, tindakan tegas perlu diambil kerajaan bagi mengekang kebanjiran warga asing ke dalam sektor pekerjaan di negara ini.

Pada masa sama, pihak majikan perlu memberikan gaji dan skim kebajikan pekerja yang kompetitif. Skim latihan dan peningkata­n kemahiran juga perlu diperkasak­an. Insya-allah dengan usaha bersepadu pelbagai pihak ini masalah penganggur­an di negara ini akan berjaya diselesaik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia