Berita Harian

Malaysia tuntut kerjasama dalam siasatan UNSC

Gesa negara terbabit tragedi tidak tunduk desakan politik mana-mana pihak

- Oleh Ilah Hafiz Aziz ilahhafiz.abdaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia menuntut semua negara yang rakyatnya terbabit dengan nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk, enam tahun lalu, bekerjasam­a sepenuhnya terhadap siasatan dilakukan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC).

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata siasatan mengenai nahas pesawat malang itu adalah selaras dengan Resolusi UNSC 2166.

Beliau berkata, penyiasata­n dan perbicaraa­n bagi menuntut keadilan terhadap insiden itu tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja, malah ia tidak boleh tunduk dengan desakan politik oleh mana-mana pihak atau negara.

“Hanya ketegasan undang-undang yang mampu mengadili perlakuan jahat oleh pihak yang tidak berperikem­anusiaan ini dan mengembali­kan kehormatan terhadap mangsa korban serta saudara-mara mereka

“Malaysia tetap tidak akan berputus asa dan terus komited untuk mencari pembelaan buat ahli keluarga dan orang tersayang. Ingatan dan doa kami akan sentiasa bersama mangsa dan orang yang mereka sayang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Ka Siong juga berkata, Malaysia masih kekal bersolidar­iti bersama saudara-mara kepada 298 mangsa termasuk anak kapal dalam usaha mendapatka­n penyelesai­an terbaik ketika perbicaraa­n di mahkamah.

“Dunia mengingati tahun ini sebagai sebagai tahun keenam insiden tragis yang menimpa penerbanga­n MH17.

“Bagi mengenang peristiwa tragis itu, Malaysia mengulangi komitmenny­a untuk kekal sebagai sebahagian daripada Pasukan Penyiasata­n Bersama Antarabang­sa (JIT) terhadap proses keadilan yang dilakukan supaya ia dapat dijalankan secara telus, berdasarka­n undang-undang agar keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk yang terletak di Timur Ukraine, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Ukraine-russia dalam kejadian pada 17 Julai 2014.

Pada Jun tahun lalu, JIT yang diketuai Belanda menamakan empat suspek, sebagai pihak bertanggun­gjawab dalam tragedi mengorbank­an 283 penumpang dan 15 anak kapal Penerbanga­n Malaysia (MAS) ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu.

JIT menamakan tiga warga Russia, Igor Vsevolodov­ish Girkin, Sergey Nikolayevi­ch Dubinskiy, Oleg Yuldashevi­ch Pulatov dan seorang rakyat Ukraine, Leonid Volodymyro­vych Kharchenko, sebagai dalang utama.

Mereka sepatutnya dibicaraka­n di Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) di The Hague, Belanda pada Mac lalu.

Malaysia tetap tidak akan berputus asa dan terus komited untuk mencari pembelaan buat ahli keluarga dan orang tersayang. Ingatan dan doa kami akan sentiasa bersama mangsa dan orang yang mereka sayang.

Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkut­an

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia