Berita Harian

Rakyat diminta kibar Jalur Gemilang tanda semangat cinta negara

-

Dr Santhara Kumar

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia diminta terus menterjema­h semangat patriotik cintakan negara dengan mengibarka­n Jalur Gemilang secara terbuka.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, berkata ia perlu dilakukan masyarakat sebagai tanda terhutang budi kepada negara yang menjamin keamanan dan keharmonia­n rakyat selama ini lebih-lebih lagi ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Kita faham bahawa kadang-kadang rakyat mempunyai pelbagai cara untuk menunjukka­n kesetiaan kepada negara.

“Bagaimanap­un, ia lebih baik jika dapat diterjemah­kan dengan memasang Jalur Gemilang di kenderaan atau di bangunan dan rumah. Pertama sekali kita kena faham Rukun Negara,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n program Info On Wheels - Merdeka (IOW), semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, program pengibaran Jalur Gemilang itu juga sudah dilakukan di sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan di seluruh Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi menerapkan budaya cintakan negara.

Program IOW -Merdeka adalah hebahan dan penerangan mengenai inisiatif kerajaan yang dilakukan melalui unit bergerak termasuk dengan menggalakk­an pemasangan Jalur Gemilang dan meminta rakyat memuat naik gambar ekspresi Merdeka ke platform media sosial masing-masing.

Program yang bermula semalam hingga 30 Ogos ini mensasarka­n kawasan komuniti, jabatan atau agensi kerajaan, dan lokasi tumpuan ramai selain diadakan sebanyak empat kali seminggu dengan edaran dan pemasangan bendera sebanyak 50 unit untuk satu program.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia