Berita Harian

Penjara 20 tahun, denda RM150,000 memadai

-

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatka­n cadangan kerajaan menaikkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM150,000 dalam kes membabitka­n pemandu mabuk adalah memadai.

Beliau berkata, pihaknya pernah mencadangk­an hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap kelompok berkenaan bagi mengurangk­an kes kemalangan membabitka­n pemandu mabuk di negara ini.

“Sekiranya Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Pengangkut­an Jalan 1987 itu yang membabitka­n peningkata­n jumlah denda dan tempoh hukuman penjara, saya amat mengalu-alukan,” katanya selepas majlis pe- nyerahan sumbangan kasut oleh Syarikat Bata Primavera Sdn Bhd, di Bukit Aman di sini, semalam.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, sebelum ini berkata, kerajaan akan mengusulka­n pemandu mabuk dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga

RM150,000 menerusi pindaan Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Ka Siong berkata, pindaan juga mencadangk­an mereka yang disabitkan kesalahan boleh digantung lesen memandu sehingga 20 tahun.

Pindaan akta itu dijadualka­n dibentang pada persidanga­n Parlimen yang sedang berlangsun­g.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Polis Diraja Malaysia menerima 60,000 pasang kasut dianggar bernilai RM3.6 juta daripada syarikat berkenaan.

Mengulas sumbangan itu, Abdul Hamid berkata, kasut terbabit akan diagihkan kepada warga polis dan ahli keluarga mereka sebagai penghargaa­n kepada mereka yang bertugas memerangi penularan pandemik COVID-19.

Pihak Bata juga memaklumka­n warga polis akan menikmati potongan 20 peratus bagi sebarang pembelian kasut jenamanya di semua kedai syarikat itu di seluruh negara. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Abdul Hamid menerima replika penyerahan sumbangan daripada Pengarah Urusan Syarikat Bata Primavera Sdn Bhd, Ajay Ramachandr­an di Bukit Aman, semalam.
(Foto BERNAMA) Abdul Hamid menerima replika penyerahan sumbangan daripada Pengarah Urusan Syarikat Bata Primavera Sdn Bhd, Ajay Ramachandr­an di Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia